Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, August 30, 2013

Doktor suruh aku wean off breastfeeding?? What the..

Naurah dah hampir 1 tahun 4 bulan. Semalam win pergi klinik bawa wan, tp win sempat minta doktor prescribe win dgn domperidone (ubat utk boost milk production). Bukan apa sebab sekarang sgt kerap miss milk pump session..banyak sgt kerja kat office. If win consume 2 pills in 2 days pun enough untuk naikkan at least 3 oz milk production, n then win stop..

tapi, win bukan saja kena bebel dengan doktor. Dia siap ajar lagi benda kita dah tau..demand-supply.. kena pump regularly..bla bla bla.. alamak doktor common la.. saya dah 1 tahun lebih breastfeeding.. i know that.. n then win cpt cpt mention my daughter is 1 thn 3 bulan lebih. then the doctor stopped lecturing,,hahaha after realizing that i know what she thought i don't.

anyway, dia keeps on membebel n dia ckp lebih kurang begini "kiranya dah bagus sangat dah awk dpt breastfeed anak awak sampai lebih setahun. sebab kita kan kerja kan.. jadi saya rasa awk dah boleh start wean off la.. sbb i have this friend anak dah lebih 2 tahun masalah dia ialah tak boleh stop breastfeed. so baik awk start skrg"

GULP! what the? wean what? wean off? stop kan naurah?



hahaha.. aku taktau nk respon mcm mana.
dia sambung lagi lebih kurang mcm ni

"i tak fhm la,.. parents skrg ni memang besarkan anak ikut internet. ikut sgt kena breastfeed smpai umur 2 tahun, kite ni kerja kalau sampai 1 tahun pun dah oke sgt. parents sampai beli blender kt intenet mahal mahal bla bla bla...."

oke. masih terkedu..
dia sambung lagi "maybe its time for u to let nature takes its course"..
yg ini win rasa oke je. advice accepted adalah:

1. let nature takes it's course - don't rely on ubat-ubatan, just breastfeed n pump seperti biasa.. kalau masih ada susu, masih la. tapi kalau akhirnya habis, habislah..

2. ...?? hmm..apa lg?

takde? ahahaha

doktor, umur 2 tahun tu bukan internet tetapkan. Tapi dalam Quran ada sebut. n takkan la umur 1 tahun 4 bulan kena wean off? alahai kesian naurah,, dah la pandai mintak nenen skrg..

i hope someone can console me on this.

Romper baby, tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah BABY anda di sini!!


Monday, August 26, 2013

Cerita Blender

Mungkin blender zaman skrg yg dah tak bagus atau sebab win yg pakai tak betul atau sebab win beli yg murah..? blender kami asik rosak. Blender pertama hadiah kawen. Jenama biasa je cap ayam. Blender kedua pun hadiah kawen, faber. ROSAK.. so win beli blender seterusnya,.. blender yg ketiga ni lama la pakai. puas blender cili n blender bubur nasi naurah dia berasap n kaput! Oke, win need blender no. 4.

so win n wan pegi mydin putrajaya dekat presint diplomat..tgk blender pensonic warna hijau RM54.90..!! waahhh murah. Tapi tak beli lagi.. Next 2 days, win rasa perlu sgt nak beli blender. Pergi Giant Bandar Baru Bangi.. RM89.90! hahaha.. blender yg sama. pensonic warna hijau. cit! apa dah mahal

so, win pergi mydin yg sama lagi esoknya, n jumpa blender warna hijau pensonic tersebut on sale, jadi RM49.90.. hah memang rezeki kan. so BELI..

kesimpulan cerita ni, nak beli barang letrik, usha Mydin dulu..

p/s win mmg cheapskate. beli blender murah, jwbnya kene ganti setahun sekali. Blender panasonic kt mydin RM180.. msti tahan lama.. ke? haha
p/s2 apa la win, blender pun nak cerita.. well, people. some people do find this kind of entry as informative.


awin hashim

Bila boleh ambil geran kereta kita dari bank?



Selalunya, yang kita tahu, kita boleh ambil geran kereta kita daripada bank hanya selepas kita habis bayar loan kereta kita kan?

Memang betul lah tu. Selepas kita habis bayar loan kereta.

Tapi, baru baru ni win nak drive masuk Singapura. Win diberi tahu yang salah satu dokumen yang win kena ada, besides passport adalah geran kereta original. Yang win ada geran kereta fotostat je.

So, win call bank win, Maybank Damansarajaya, yg pegang geran kereta win. Maybank Damansarajaya bagitahu, semua geran kereta dia simpan di Maybank Damansara Utama. Bila call maybank Damansara Utama n tanya boleh ke ambil geran kereta win, dia ckp boleh walaupun kereta win habis bayar tahun 2015.

So, win terus lah pergi ke Maybank Damansara Utama. Sampai je, pergi tingkat 3, ambil number. Baru nak duduk, dah kena panggil number sebab takde org. Dia check kita ada payment yang due ke tidak. Kalau takde, terus dia proses and bagi je geran kereta tanpa soal apape. Win tanya la dia, bila sebenarnya saya boleh ambil geran kereta ni, jawapan dia adalah, dalam setahun lebih selepas beli kereta dah boleh dah. Mcm awk ni, dalam hujung tahun 2010 dah boleh ambil dah patutnya (win beli kereta Oktober 2009).

Oke. Sebenarnya wahai pembaca, geran kereta tu, bank nak pegang pada mulanya adalah sebab dia nak masukkan caveat dia sahaja dalam geran tu. Caveat tu tulisan kecil di bawah sebelah blkg yang menyatakan kita ada loan dgn bank mana tu. Caveat tu adalah utk bank pegang hak kereta tu sampai kita habis bayar. Lepas habis bayar, bank akan tarik balik (withdraw) caveat tu dan tadaaaaa..the car is all ours..ours alone.


p/s Tak sure kt geran kereta dia panggil caveat jugak ke tak. Tapi dalam geran tanah dan Kanun Tanah Negara memang panggil kaveat pun.


awin hashim

Thursday, August 15, 2013

Naurah - 1 tahun 3 bulan

Makin besar anak dara win seorang ni. Mulut becok asyik bercakap je. Dia memang cepat ckp. Vocab dia dah banyak.. Apa saja kita sebut, dia boleh tiru.. So, sekarang memang kena beringat je apa kita nak cakap. Jalan pun da tegap n berlari pun boleh. Dua hari lepas, dia kejut mummy mcm daddy kejut mummy suroh bangun.. dia kejut mummy sambil sebut "mimummy, na nennenn" hihihi. selagi win tak bangun dia cium cium pipi win perlahan. saja la win pura pura tidur sebab sedap kena cium dengan anak dara sendiri.

She loves flower so much. Bunga kat rumah yang win gubah, dia cabutnya, dan bawa ke hulu ke hilir.. Win belikan dia bunga setangkai (dalam gambar tu), tapi dia tetap suka cabut bunga yang dah digubah..
Naurah dia tak suka dekat org yg dia tak kenal. Kalau org tu dia kenal, dia terus peluk peluk cium cium. Oh ye, she kisses everybody she likes A LOT., suka dibelek belek dan membelek org, manja betul. Gigi atas dah mula tumbuh menjumlahkan 4 gigi semuanya.. yey!.. rambut dah panjang tapi belum ckup lebat utk difesyenkan *mummywaitingpatiently*

Baru-baru ni, dah ada makcik tanya soalan dekat win, "taknak baby kecik ke?" haha.. tak sangka dah dapat soalan seawal ni. Makcik tu sorg je tanya, takde siapa penah tanya fasal 2nd baby yet. Tgk lah muka Naurah ni, she's not kakak yet. kan? hehe.. I choose to wait some more, thank you!
 
p/s i love you little creampuff.