Haritu ada satu mlm, win n wan tinggalkan Naurah dekat mama (babysitter), nak testing boleh ke Naurah stay dengan mama tanpa mummy (win) memandangkan Naurah masih breastfeeding dan win kena pergi persidangan yang tak boleh escape di Kota Kinabalu.. well, cerita ni bukan fasal tu, cerita ni fasal apa yg win n wan buat 1 malam tanpa Naurah.. tiiihihihihi...
of course kami melakukan perkara yang kami tak dapat lakukan kalau Naurah ada..iaitu,
makan steamboat lama lama dekat MAEPS tempat secluded yang mcm tempat jin bertendang (read: takde org mlm2 sunyi sepi, gelap, pokok besar, mcm haunted tempat ponti bergayut yg tiba-tiba ada restoran steamboat kat tengah-tengah). Memang tempat tak sesuai nak bawak baby yg belum pandai bercakap pergi malam-malam.. boleh la.. TAPI kang dia nanges meraung tak mau berenti sebab ada yg mengikut win n wan jugak susah. (kalau kau org sanggup layan anak kau org nanges meraung secara scary mlm mlm, sila kan lah.. takde siapa halang pon)
sebelum ada Naurah memang win n wan spent berjam jam dkt sini mkn berdua.. sebab kami suka steamboat dan makan steamboat takley laju laju.
oke, dlm banyak-banyak mknn mentah yg ada, ada la isi ikan, sesuai dengan tajuk post ini, ikan itu adalah ikan dory.. whohooooooo..sedap. memang sedap. win suke. mula dekat situ la tiba tiba win jadik gila dgn ikan dory. Sebelum ni tak heran pun. wan pun suka n layan je ikan tu.. sedap di-steamboat-kan dalam kuah tom yam atau sup perasa ayam.. there
1. ikan dory boleh dimasukkan dalam tom yam atau 2. sup kan dia dan 3. dimakan secara steamboat.. wowww sedapnya.. di bulan puasa (hari first puasa pulak tu) dok cerita fasal food.
lepastu, dek kerana kegilaan win terhadap ikan dory ni, kami pergi beli dekat giant bandar baru bangi tu sebungkus, sebungkus tu 1 kg iaitu 3 keping semuanya..RM5.54..mcm tu lah harganya. balik rumah kami buat tom yam. memang sedap campur dgn udang sotong semua tu.
lepastu, kami beli lagi, kali ni, win
4. goreng celup tepung goreng serbaguna tu.. sedap!! mcm fish n chips kt manhattan fish market la konon.
lepastu, kami beli lagi.. (kata gila ikan dory kan??) kali ni win goreng mcm biasa.. letak kunyit + garam secukup rasa.. kasi Naurah makan sama.. Naurah ngap je. Tapi win n wan rasa..FAILED.
5. goreng kunyit biasa-biasa menjadikan ikan dory pahit.. tak sedap!, so jgn buat!!
lepastu, kami beli lagi dan kali ni wan ckp, "win, cuba win masakkan ikan dory tu masak asam.." win cuba.. n tadaaaaa.. sedap..
6. ikan dory masak asam pedas is marvellous!! wuuwwuwwwuuuu..ley cuba.. jgn lupa daun kesayangan win, daun kesum..
lepastu, ayah n mak win pulak terasa nk makan western..so, win n wan gi cari ikan dory..kali ni dekat tesco extra selayang, harganya RM7.79 sekilo.. pack of 3 jugak.. kali ni, kami ikut resepi dari blog ini
http://rohaisha.blogspot.com/2012/08/ikan-dori-grill-sos-garlic.html thanks kak! sedap.. dapat pahala,.,, :) kakak ni
7. grill kan ikan dory dia. letak paprika sikit, jus lemon sikit makan dengan sos garlic.. sedap... wahh..
setakat ni, ntah berapa kali kami dah makan ikan dory.. tapi baru cuba cara-cara yg 7 ini saja.. nak masak cara apa lagi, nanti boleh fikir.. post ini utk memberi idea kepada sesiapa yang takde idea walaupun dah google, still tak sure.. n ikan dory is good for babies, Naurah pun suka.. kita pun hati senang sebab takde tulang dalam filet ikan dory yang jual beku tu..!!
oke bye.!
awin hashim