Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, September 27, 2012

Bila Pengasuh Nak Bawak Anak Kita Balik Kampung Dia

Kampung nanny Naurah di bagan lalang. dia pernah sebut nak bawak Naurah balik kampung dia. Tapi mummy sentap n mummy tak pernah bagi permission pun. Kenapa nak bawa anak win pegi balik kg dia? kenapa? kalau urgent, mummy balik lah amek Naurah. Pastu dia boleh lah balik kg dia dgn hati senang. mummy pun hati senang.

tapi pada harini, nanny Naurah sms n tanya "boleh ke" dia nak bawak Naurah balik kg. dia tanya boleh ke..so mummy reply "ooo, takpelah saya balik amek Naurah dululah kalau mcm tu, kakak nak balik kg pukul brapa?"...n dia reply "nak balik dah ni, takpelah akak bawak Naurah"

aik? dia kan tanya boleh ke? Kite dah ckp tak boleh, dia nak bawak jugak anyway. Hadoi....sungguh ku tak rela..! tp what choice do i have? win keje kl..Naurah dkt Putrajaya. Kalau nak tggu win balik amek Naurah pun dalam sejam baru sampai...n dia da nak gerak sgt. Again..sungguh ku tak rela!

Hmm. as a working mum, i don't really have choice, baguslah dia inform dulu, dpd dia bawak je terus kan? n baguslah dia bawak, dpd dia tinggalkan Naurah sendiri kan, kalau apa2 jd mcm mana pulak?

*mengeluh* *mengeluh* *dan mengeluh lagi*...again, sungguh ku tak rela!
why can't i take care of my own daughter and work at the same time?

Monday, September 24, 2012

Bunga Telur DIY - Majlis Akikah Naurah Baby

Semasa majlis akikah Naurah haritu, mama long dia (kakak wan) dan nenek sebelah daddy telah sponsor bunga telur dan coklat dalam goodie bag, while the bag itself + yassin, mummy dah sediakan..total ada 130 batang bunga telur. win dah siap2 pesan temanya adalah pink/polkadot.
mlm sabtu tu, dapat-dapat je bunga-bunga telur, win tersenyum, comel la pulak! heheheheh.. despite penat, tapi we had fun adik beradik + wan + bil membuat kerja pembungkusan sambil tgk man Utd lawan team mana ntah.

ada 4 designs all together, little pink gown, carnation, pink pram and botol susu pink yang comel. sila lihat gambar di bawah.



lepastu, kami isikan net tu bukan dengan telur, tapi dgn apam polkadot, sesuai ikut theme. whohooo! comel na laaaahh! i like.

masa majlis tu juga ada kawan win yang dah siap tanya harga benda-benda ni. well, mama long Naurah adalah seorang part time businesswoman yang suka DIY stuff pun, so, i'm sure she can accomodate ur preference..and thus, dearest reader, i am now promoting her bunga telur, if anyone interested, sila emel win.. mazuin.hashim@yahoo.com. :)
harga bermula dengan RM2.50 sahaja. Warna n bentuk boleh tukar-tukar sukahati. Cuma kalau nak tempah, tempahlah 4 minggu sebelum tarikh. Oke?

Thursday, September 13, 2012

sampailah bila la la la la

semenjak start kerja 13 Ogos yang lalu, win lepas balik kerja kol 5.30ptg, tak sempat duduk terus masaklah, basuh kain la bla bla bla..bila wan dah balik dgn naurah pukul 6.30ptg, win lepak jap guling-guling dgn naurah, pastu magrib, pastu susukan naurah pastu tertido, tgh2 mlm terbangun baru sembahyang isyak pastu re-pack baju2 n keperluan naurah utk hari seterusnya di rumah mama dia n gosok baju kerja n kalau sempat tido balik, kalau tak (sebab tersedar tu pukul 4am), kol 5.30am terus siap pergi kerja, kol 6.30pagi jalan..n terus2an mcm tu sepanjang minggu!

tido tu dengarnya macam lama sgt..tapi tak cukup jgk + tak puas..n penat tak hilang lagi..di manakah silapku? hari2 berazam "oke, malam ni aku nak tido pukul 10pm, not earlier n bangun pukul 5.30am, not earlier" tapi, asalkan susukan naurah je, mummy n baby n sometimes daddy sekali terus tertidur..dah sebulan dah masuk office balik lepas maternity leave, takkan penat lagi kot..

soalannya, sampai bila nak jadik cmni..ni ni ni ni..

Tuesday, September 11, 2012

my Naurah sudah besar!

kepala Naurah dah tegap dan tegak sejak dia 2 bulan setengah lagi..sejak tu, dia dah taknak dukung baring dah, nak didukung mcm budak besar, kepala n leher mesti tegak masa kena dukung, baru dia happy..sampaikan masa nak injection imunisasi 3 bulan tu, doktor sampai tegur "eh,..btol ke baru 3 bulan ni? kepala dah kuat sgt tegaknya ni.. ni mcm da 4 - 5 bulan dah,.." bila Naurah ditiarapkan, mmg dah terer, tegak kepala dia, siap dah terkuak2 kononnya nak bergerak ke depan.. tapi dia belum pandai nak meniarap sendiri.. seluruh badan dia da in position meniarap dah, kecuali kepala belum naik2 lagi..tapi mummy cool n relax je, thinking dia akan meniarap bila dia ready..anytime soon..sbb bila baca kat internet, rata2 baby meniarap on the fifth month, plg lambat 6 bulan.. tapi mummy sentiasa mengharap, harap dan harap harap sgt...
sampailah...

malam tadi 9.10pm (10sept2012) (she was 3 months 3 weeks 5 days), Naurah did it for the first time sendiri depan muka mummy!! whooooaaaa!
Pagi2, mama dia snap gambar terus send kt mummy.. Anak dara mummy da meniarap.. *happy*



mummy sungguh bersyukur..Naurah darling, sabtu ni Naurah baru nak masuk 4 bulan..tp Naurah dah berjaya dahh..alhamdulillah...comelnya..mummy so proud!

Thursday, September 6, 2012

Cerita peti ais, susu dan air mata

Sehening pagi berangin jam 2.45 pagi..terduduk win menangis bila menjumpai pintu peti ais tak tutup rapat. ada 6 botol susu perah untuk naurah dalam tu. lembik lutut dek kekecewaan melampau. Sudahlah naurah menyusu dekat baby sitter 5 botol sedangkan win cuma produce 3 botol..sedang gigih catching up sampai bangun malam utk pam, tiba-tiba peti ais pulak tak tutup rapat. ya allah hai,. tp nasib baik bukan freezer yg tak tutup rapat, kalau tak pengsan! ada lg byk yg beku. dah lah makin sikit..sungguh berat dugaan ni.

dengar dek wan win menangis-nangis malam2 buta, terus dia dtg. n dia ckp dia last bukak peti ais baru je lagi..tak lama sgt pun. lagipun masih sejuk.belum betul2 hilang sejuknya.. win bukak satu-satu, bau dan rasa time tu jgk..alhamdulillah. masih elok. n yes masih sejuk. leganya lah hati ni.

huiyooo..frust yg pagi tadi tu.. sungguh berat rasanya. ya Allah, aku mohon jgnlah putus rezeki naurah. amin!