Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, March 28, 2012

takut nak pergi check up. boleh tak?

last time pegi klinik batu, bad news were delivered to me. when i was alone!
pagi ni check up lagi.. check up biasa je. boleh tak aku rasa berdebar n takut gile nak pegi?
besides 2nd dos of titanus shot (yg tak menakutkan pun), tolong jgn ada bad news lagi. tolong! tolonggggg!!
(ni belum nak pegi appointment scan dkt hosp serdang lg ni!)
sekian.

Tuesday, March 27, 2012

the truth is.. the third trimester story

dah masuk minggu ketiga dah sejak our pregnancy menjejak ke third trimester. at 29 weeks we learnt that the baby is going to be a girl and we saw her angelic face *oh my* :)
at 30 weeks, we learnt a bad news, my uri is situated down under, it may have blocked the birth canal..but it's oke, it's not the end of the world.. solutions are given..insyaallah takde apape.
at 31weeks, we celebrated our first wedding anniversary *dah setahun dah* :)) before that i learnt that i have to go for induksi 2 minggu start 2april ni smpai 13april. bgs jgk. sempat nak cukupkan syarat sah jawatan sebelum cuti bersalin *yey*

so, minggu ni patutnya ada rabu, khamis, jumaat..3hari utk siapkan 3 fail yg urgent2..tiba2 bos panggil n tanya boleh pegi bengkel tak mggu ni? (sbnanye bukan tanya, dia suro!)

bengkel itu adalah bengkel 4 hari..khamis, jumaat, sabtu, ahad. *hoi.hoi..sbtu ahad?gilebetulpenganjurbengkel, takde anakbini ke??*

langsung terus ku beli alasan. tak boleh sbb..itu..ini..bla..bla.. tp endingnya kene jgk. :((

dlm hatiku berkata:
yg sebenarnya bos, sejak masuk third trimester, hari2 saya menangis. pinggang saya rasa nak pth. heartburn sgt teruk. hari2 wan kene urut kaki, tgn, belakang, pinggang bla bla bla..sbb lenguhnye tuhan (dan perempuan yg pnah mengandung) je tahu. mlm2 lepas dinner pukul 8, lepas smbyg isyak, lgsung tido smpai pagi.itupun tidur rasa tak cukup. badan tak hilang lesu pun. pagi2 bangun mesti terfikir, ya allah, harini kene pergi kerja lg. penatnye badan ni. nak berulang kl-putrajaya-kl hari2..(wan da suro stay rumah mak, saya je yg tanak. kesian wan)..kaki cramp masa drive smpai terberenti tgh jln pun ada. kalau jem nak balik rumah, saya nangis tersedu2 dlm kete da tak peduli org kete sblh tu nmpak. kalau dorg nampak "mama-to-be on board" kt cermin kete saya tu, mesti dorg fhm. tolong la bos. bengkel yg bos suro pegi tu, mlm2 pun on. tentative 8.30-10.30mlm tp saya tau sgt bhgn pembangunan suka drag smpai 1am., kan dulu da pnah rasa. saya tau la. padahal waktu kerja saya smpai 4.30 je bos. kasihanilah saya. kalau minggu depan saya kerja mcm biasa takpe. tp saya kan kene pegi induksi. dorg da kasi soalan assignment lg ni. nanti ada examnye. bengkel yg bos suro pegi pun kena buat homework. the truth is, saya tak mampu.
saya penat. of all people, u should understand, u've gone through 6 pregnancies before.

tp kan, i won't be saying this to my boss. pregnancy is never an excuse. so, apa nak buat? kuatkan diri n belasah je la.

p/s ya allah kuatkan aku.amin

Monday, March 26, 2012

Sunday, March 25, 2012

law vs engineering

baru-baru ni kan result spm keluar kan..adik wan adalah salah sorg candidate yg mengambil result itu. he's the clever one in the family (sory wan, wan kalah sudah!) so kami expected result dia mmg bagus..kalau tak bagus pun tetap jauh lebih bagus dpd result spm kami yg lain. hehe

n jeng jeng jeng.. 10A 1 B..hamek kau. alhamdulillahirabbil 'alamin! kan dah kata 'the clever one'

dia dari dulu bercita-cita nak pursue ambition menjadi seorang engineer. dia suka fizik sgt2, tapikan bila dpt result, yg 1 B tu apa lah lagi kalau bukan fizik!!!. sedih n kasehan. only Allah knows what went wrong.. sudah la kalau nak engineering fizik kene A..(so we thought)

bila dah dpt result, dia pun sebok nak kemaskini UPU application dia. alhamdulillah, fizik B+ pun masih sgt layak untuk apply engineering. SANGAT LAYAK.

tp...

yes, ada tapi.. sblm result spm keluar, dia susun pilihan dia engineering diutamakan dan (surprisingly) law turut disenaraikan. dia kata dia minat jugak. mungkin slh satu penyebabnya adalah abg majistret dia sndiri. nampak macam hidup senang, so, mungkin dia fancy that. i don't know. :) well, why not??

so, after result spm keluar, dia ada masalah untuk kemaskini upu dia sbb dia tgh consider whether to take law or engineering.. penat kami mempengaruh dia supaya amek engineering sbb itu cita2 asal dia.. bukan kami tak sokong dia amek law. tp result dia sgt bagus n kalau nak amek law mcm wasted!.. (our opinion ha,, jgn ada yg menggelabah nak marah pulak, fyi, i am a law graduate too!!) tapi somehow dia takmo proceed learning anymore physics and addmath. why la?

jadi smlm kami menceritakan segala pengetahuan kami kepada dia (in good faith/bona fide-ly) tentang pemilihan law atau engineering. pros and cons. ijazah, peluang kerja, biasiswa dll. dan akhirnya kami tinggalkan dia supaya dia boleh buat keputusan untuk dirinya sendiri sama ada untuk pilih law atau engineering utk masa depan dia. hmmm i hope for the best, either way, he's going into a pretty future. sejuk perut cik timah :))))

p/s cik timah is my mum in law :)
p/s2 dapat result cantik macam lagi susah nak pilih kerjaya? heeee

Friday, March 23, 2012

tilam vyssa slappna - ending

ini adalah kesinambungan entry "tilam vyssa slappna!"
http://awinh.blogspot.com/2012/03/tilam-vyssa-slappna.html

semalam saya tengok stock barang dekat ikea. barang apa? tilam vyssa slappna ni lah. statusnya adalah "OUT OF STOCK"

semalam adalah 21 Mac 2012. Stok masuk 13 Mac 2012. 9 hari sahaja.. sudah abis semua. tak tau la bila habisnya kan..mungkin by weekend tu (18Mac2012) dah abes?

hahaha..laku betul tilam tu. *amaze*.. serius ni, nak bukak kedai tilam la.. takpun, bukak ikea satu lagi kt putrajaya :))

Wednesday, March 21, 2012

kisah kad mesra dan minyak petrol petronas free

Ini kad mesra saya. Dari zaman belajar kt uitm dah pakai kad mesra (yg design lama) dan yg design baru ni dah ditukar as soon as petronas kata "kad mesra da ada design baru!"

Setiap kali isi minyak mesti guna kad mesra jgk. kadang-kadang terlupa, mesti menyesal..
so, setelah 2 tahun lebih dah kumpul point, pada suatu tengahari yang mana kami kegersangan duit tapi gatal nak berdating dekat luar, tangki minyak pun dah mengering, jadi, saya menyebut satu idea.."mari redeem point kad mesra untuk dapat isi minyak kereta free!!" wan jawab "mari!!"

so, kami pergi petronas presint 16 putrajaya, petronas terdekat dgn rumah le tu. wan pergi kaunter n redeemkan. win terus isi..lepas dah isi, meter kat tempat minyak tu tulis RM40.00!!



huiyooo..rm40 minyak free.. 2 thn kumpul point.!! lepas tu, tgk meter kt kereta pulak:


hehe *pardon the habuk at my stereng oke*
huiyooo lebih daripada separuh!!! takpenuh la tapi sbb tank pesona penuh RM70..

wan telah me-redeem 4000 point dan balance point skrg adalah 221 shj. skrg memandangkan win berulang kl-putrajaya hari2, minyak cpt kene isi, lagi cepatlah point tu naik berbanding sebelum kawen di mana ofis terletak sekangkang kera *penggunaan peribahasa ni slh ye adik2* je. minyak pun tak luak2.

kesimpulannya, wahai pengguna petrol di petronas, rugi kalau kau tak guna kad mesra.. walaupun dpt rm40 dlm masa 2 thn kan, still siapa nak isi tank kereta kau free?? (melainkan kau anak atau girlfriend org kaya).. :)

p/s i love free stuff. who doesn't?

Baju baby, baju mommy, bunga telur foam untuk majlis akikah, apam polkadot DI SINI!!!

tiket murah air asia dan kisah honeymoon

pada 23 May 2011, air asia tgh buat sale. jadi, misi utama pada hari tersebut adalah untuk membeli tiket flight untuk first anniversary pada 26 Mac 2012 merangkap honeymoon ke entah berapa kali.. (asik honeymoon je kan? kau org belum kawen? kawen la cpt. best! :)




malas nak pergi luar malaysia, costly n byk nak fikir (paspot idup lagi ke, currency, nak tido hotel mana, makanan halal etc..), jadi dlm banyak2 tmpat kami memilih Langkawi. boleh beli pinggan/corningware/periuk vision bagai, . fyi, ramai org kasi hadiah pinggan mangkuk set sbg hadiah wedding. tapi selalunya kalau dinner set, dinner set untuk 2 org. so kalau org dtg rumah kami, kami keluarkan pinggan pelbagai corak. 2 kaler putih, 2 kaler hijau etc. etc. sungguh tak best! lagipun wan belum pernah sampai langkawi. let his first time in Langkawi tu dengan win! banyak betul first time kami *hehehe*




so, pada 15 September 2011, kami dpt tau kami pregnant *yey*...that means pada 26 Mac 2012, we are going to be 31 minggu 3 hari pregnant!.. masih boleh naik flight, tp perlu ada surat doktor sebab kami dah menjangkau third trimester.




tapi, haritu menjelang penghujung bulan 2, kami telah membuat keputusan bahawa, win takkan larat untuk pergi Langkawi. sbb kalau ikut kata wan, "win da sarat".. iyelah, hari2 balik kerja pengsan terus, buat kerja sikit terus habis tenaga.. nak naik kapal terbang lagi, mesti nak jugak singgah beli pinggan, nak bawak wan jln2 lagi. hmm..maka, tak payah la ngengade. cancel Langkawi trip. atau, tunda lah. bukan cancel. sodih na bunyik nye nanti. next time kami pergi bertiga instead *yey*




terlari dari tajuk kan sebenarnya? tiket murah air asia ke Langkawi yang kami beli tu berharga berapa tau:




yes, tepat sekali,

satu tiket RM0.10 x 2 org = RM0.20 x 2 way = RM0.40 sahaja!!!


tapi airport tax RM15 x 2org = RM30 (masih murah, gile kan??)


n kami purchase baggage RM25


total semua, RM55.40 untuk 2 org pergi balik. wow!


murah kan? tapi kami tak jadi pergi *nanges* tapi demi baby dan win (kata wan) kita jalan dekat2 jelah. tambahan pulak, last week kami dikhabarkan berita yang tak berapa best (placenta praevia) sudah tentu nak dpt surat doktor untuk terbang takkan menjadi kenyataan.


so, kami akan pergi honeymoon buat kali terakhir semasa masih berdua.. yey!!!! dua bulan selepas honeymoon itu, insyaallah our baby girl akan sampai ke pangkuan kami. dan kami tidak lagi berdua. ada org ketiga dah. double triple quadraple yey!!


p/s destinasi honeymoon kami tu mcm menyedihkan je, tapi, kami akan buat dia worth every second. :))

Tuesday, March 20, 2012

soalan: uri saya duduk mana?

jawapan: di bawah!

apa maknanya tu: cuba kau google "placenta praevia"

harapan: uri bergerak ke atas balik agar dapat bersalin normal tanpa sebarang komplikasi kepada saya dan baby

masih ada harapan?: masih, insyaallah.

kesan uri di bawah: kemungkinan besar c-sect + kemungkinan tumpah darah

langkah pencegahan: tidak mengangkat benda berat, tidak membuat benda yang memenatkan, memilih untuk bersalin di hospital kerajaan kerana confirm ada bekalan darah n expertise yg diperlukan

perasaan: sedih tetapi belum berputus asa.

permohonan: kawan2, doakan saya.!

p/s :(((((

Thursday, March 15, 2012

tilam vyssa slappna!

kalau kau org kaki ikea (dan bakal atau telah mempunyai anak) kau org mesti tau wujudnya tilam vyssa slappna yg berharga rm25 tu kan? tilam untuk baby cot.



sentiasa tak ada stok tilam ni dekat ikea sbb semua org cari tilam ni. maklumlah tilam baby cot bukan murah..ratusan aje. kalau yg tak smpai seratus, confirm baby tido berpeluh2. kesian. tapi kat ikea rm25! wow!..hehe..and ada dulu org pnah ckp tak panas pun tilam ni.<< siapa org ni aku pun dah lupa.



bukan hadap sgt nak beli tilam murah. tp untuk buat baring2 depan tv alangkah heavennya kalau dpt beli tilam harga mcm tu sekeping dua?. sbb kalau tilam tebal 5cm kat jusco untuk buat baring2 dpn tv pun dah berharga rm60 ke atas (kalau berniaga tilam mcm best..!) n panas.! n keciknya muat untuk baby je. kalau mak baby nak tumpang tak muat. so, ada yg rm25 tak panas n bersaiz 120cmx60cm..apa lagi kan?



tp, as i said, asik takde stok je. setiap kali pegi ikea tanya bile stok nak masuk? akhirnya pada suatu hari, org ikea ckp stok masuk sebanyak 50keping pada tengah bulan Mac mungkin 14Mac 2012 kot. Pada pagi hari 14 Mac, segeralah aku menelefon ikea bertanya stok. n dia jwb apa tau..ada..skrg ada stok. tinggal 30 keping je.. i was like..erkkk!.. cptnye 20 tilam dah kene jual..ikea baru bukak setengah jam on 14 Mac..kata tilam smpai 14 Mac..mungkin dia smpai 13 Mac kot?? cis



maka pada 14 Mac itu juga aku langsung ke ikea dan terus ke situ dan tadaaaa!! banyak lagi..aku langsung beli beberapa keping. yessss...! dpt pun apa yg ku kejarkan. pas ni tak pyh pegi ikea dah. dah la jauh!



harini 15 Mac, aku tgk la website ikea..tgk stok tinggal berapa..16..!! tinggal 16 shj.. smlm ada 30. maknyanye, kalau aku tggu smpai hari sabtu,. berapa tinggal?? -10 perhaps? hahahaha



so, mummies, siapa yg nak beli tilam ni, pergi ikea harini. i'm sure by tomorrow tghari, habis dah! :)

isu gender

org ckp..selagi baby belum keluar..ada je kemungkinan kalau kita scan nampak boy, keluarnya girl or vice versa.

itulah kerisauan saya sekarang.

tapi technology dah berkembang skrg. kalau dulu org scan 2D je..nmpak gmbar itam putih,,n hanya nampak bayang2 barang boy or barang girl. kadang2 jelas. kalau boy mmg selalunya jelas. kalau girl tu yg tak jelas. jadi doktor ada kemungkinan "agak2" je gender baby tu.

but, we scanned 3D/4D.. sonographer tu tunjuk apa yang kami nak tgk, gender. sgt jelas. mcm kita tgk gmbar biasa yg kite snap. bezanya takde warna hijau biru merah pink bagai, just warna orange2. tapi jelaslah. lagipun, baby tak tutup kaki dia. :)) no mushroom just burger. hehe

bila beritau org dekat office, dorg pertikaikan..sbb dorg ikut petua org dulu2.. bentuk perut la, muka mommy berseri ke tak berseri la. tabiat makan la.. pemalas ke rajin ke, malas pakai make-up pun buat org predict mcm2.. masalahnya, A predict lain, B predict lain berdasarkan petua yg sama..hahaha.. suka hati korg la labu!

so, saya goyang.! :(
tapi wan ckp, memang nampak girl kan win..so, jgn risau. rai also said the same,. n ayah terus teka girl bila tgk scan tu. so, mmg girl.! mmg girl!! kecuali kalau Allah yang tentukan otherwise.

so ppl, i can't stop u from predicting. but it is going to be a girl, dengan izin Allah...faham?

p/s hehehehe

Wednesday, March 14, 2012

pink..pink..pinkkk!!

u know what are the things that melt my heart? see below..



..


..


..


..


..


..


..


..


..






first toy present was from dumex mama club..smlm baru dapat..mcm tau2 je

dia kasi rabbit pink!

Tuesday, March 13, 2012

flyfm - petang semalam

on the way balik kerja lebih kurang jam 4.45 ptg, masuk2 je kereta terus bukak hotfm..tp terdengar suara suraya n ikwan.,.hmm..no thank u..annoying la,.!
terus tukar flyfm. dgr ben lagi best. ben cerita fasal kisah holiday yang telah ter-spoil. he said that one time he had to be on a plane for 7 hours, sitting next to a sneezy on one side and another annoying woman on the other side. then he said "if u have holiday story..bla..bla..bla..call us at 0377241144 and share it with us"

terus aku dail number tu.. selalu kan nak telefon radio, mana penah dapat pun..busy je line dia..tapi semalam tu, dah la tgh drive, i tried my luck and called, dua kali ring and ben angkat!.. *terkejut aku* then i told him my story, my honeymoon in medan story which went weird...

lepas letak telefon, mencicit aku call wan n whatsapp lin suro dgr flyfm. and lin and the whole family at home dgr.hehehe.. *suke*.. tapi wan masih sebok kerja, he missed it.. but it's oke, i recorded it pun.. :)

p/s kali kedua berjaya ter-on air @flyfm.

everything seems to be in order..:)

first sekali, sebagai government servant yang berdedikasi, terdapat keperluan melengkapkan 7 hari kursus sepanjang tahun. Skrg sudah bulan 3. tinggal 2 bulan shj lagi sebelum cuti panjang. balik daripada cuti panjang, lebih kurang bulan 9 nanti, tinggal mungkin 3 bulan sahaja sebelum tahun baru (minus ramadhan)..
so, 7 hari dalam masa 5 bulan. kena pergi kursus. << pening jugak tu, bila da cuti panjang, mesti ada kerja yang menunggu kan. jadi sempat ke nak pergi kursus? (7 hari macam pendek. tapi sebenarnya tidak..!)

jawapannya sempat, kerana tiba2 (ting..ting..ting..tingggg...) nama tersenarai untuk ke kursus induksi yang panjangnya lebih dpd 10 hari!.. kursus induksi adalah satu requirement untuk sah jawatan. kalau ditangguh, pengesahan jawatan pun tertangguh la.

lucky for me, induksi pada bulan april. sempat selesai sebelum cuti bersalin. yey! alhamdulillah. so, induksi - checked!... requirement kursus 7 hari setahun also - checked!

n alangkah heavennya apabila induksi tu di ilkap, which is 15-20mins away from home. kan best kalau tempat kerja dekat mcm tu..tambahan pula bila baby comel dah keluar senang kalau mommy kerja dekat. ya Allah, lembutkan lah hati datuk tu untuk luluskan permohonan transfer ke putrajaya aku..amin! :)

p/s harini semangat nak buat kerja. ntah kenapa,. :)

missing child, Dirang - found dead tragically

Al Fatihah kpd dia, mesti terus ke syurga. hmm.. soalan:

1. how can a mother let her 5 year old pergi kedai sendiri?
2. how can a mother let her daughter out of the house without supervision?
3. 5 tahun tu bukannya tau apa2. kau sedar tak anak kau umur 5 tahun tu kecil lagi? ha?
4. sama macam budak2 hilang lain, mcm mana parents boleh lepaskan dorg keluar dgn supervision abg/kakak yg tua setahun or 2 tahun je?

final question..

5. tak sayang anak ke?

takziah kepada keluarga. benda dah jadi. tapi kepada org len, don't be tooooooo careless.

i wonder, budak2 hilang ni, selalunya hilang bila mereka under supervision parents sendiri why la?? whyyyy???
a law should be enacted to be imposed on the parents who carelessly cause their child dissappearances. keyword "carelessly"..contoh, leka main facebook!

Monday, March 12, 2012

baby expo and sales everywhere

1# Baby Expo at Ikano


Started on 9th March and still on until 18th March 2012. Barang ada banyak yg murah jgk, tapi sikit barang je. :)



We went there on saturday after pergi scan 3D/4D. We bought blankie Rm15 dpt 2 helai..*whohooo*, one newborn blause, a cute shoe-like socks and a set of baby cap,mitten n bootie..



total semua sekali hanya RM33.90. yess,,murrrrrah!



then, da sampai ikano, mestila singgah ikea. tilam vyssa slappna tiada, as usual, so we ended up buying baby bath tub at RM19.90 and 2 bedsheets for baby jugak RM39.90.





2# Baby Expo at Midvalley


On 9th March until 11 March only.. Best jgk.. barang murah pun banyak jugak. tapi packed!







Kami pergi pada hari sabtu selepas pergi ikea n ikano. We bought 1 bedding set and carter's baby romper 5 in 1 set tu je.. pastu nak pengsan, terus keluar sbb packed sangat. hehehe


tapi then ternampak jusco sale, so, kami singgah jusco n sambung shopping..boleh tak?



3# Baby store SALE!



kedai di Mahkota Cheras (bley google ye), apa yg sale? stroller. hehe..kami jadik gile. but we didn't buy 1 yet. :(


sambung lagi shopping dekat jusco mahkota cheras lepas tu. hmm.. weekend shopping..*heaven*


p/s fyi ada 2 jusco dekat situ aku baru tau. 1 jusco mahkota cheras, 1 lagi jusco taman ekuin (cmni ke spell?) kenapalah sampai 2 jusco? letaklah satu dekat putrajaya..pleaseeeee!


p/s 2 kami perlu menghabiskan shopping sepantas mungkin..bulan april sebok induksi n da sarat..skrg pun da lembik berjalan banyak..april or mei apa lagi?