Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, August 26, 2013

Bila boleh ambil geran kereta kita dari bank?



Selalunya, yang kita tahu, kita boleh ambil geran kereta kita daripada bank hanya selepas kita habis bayar loan kereta kita kan?

Memang betul lah tu. Selepas kita habis bayar loan kereta.

Tapi, baru baru ni win nak drive masuk Singapura. Win diberi tahu yang salah satu dokumen yang win kena ada, besides passport adalah geran kereta original. Yang win ada geran kereta fotostat je.

So, win call bank win, Maybank Damansarajaya, yg pegang geran kereta win. Maybank Damansarajaya bagitahu, semua geran kereta dia simpan di Maybank Damansara Utama. Bila call maybank Damansara Utama n tanya boleh ke ambil geran kereta win, dia ckp boleh walaupun kereta win habis bayar tahun 2015.

So, win terus lah pergi ke Maybank Damansara Utama. Sampai je, pergi tingkat 3, ambil number. Baru nak duduk, dah kena panggil number sebab takde org. Dia check kita ada payment yang due ke tidak. Kalau takde, terus dia proses and bagi je geran kereta tanpa soal apape. Win tanya la dia, bila sebenarnya saya boleh ambil geran kereta ni, jawapan dia adalah, dalam setahun lebih selepas beli kereta dah boleh dah. Mcm awk ni, dalam hujung tahun 2010 dah boleh ambil dah patutnya (win beli kereta Oktober 2009).

Oke. Sebenarnya wahai pembaca, geran kereta tu, bank nak pegang pada mulanya adalah sebab dia nak masukkan caveat dia sahaja dalam geran tu. Caveat tu tulisan kecil di bawah sebelah blkg yang menyatakan kita ada loan dgn bank mana tu. Caveat tu adalah utk bank pegang hak kereta tu sampai kita habis bayar. Lepas habis bayar, bank akan tarik balik (withdraw) caveat tu dan tadaaaaa..the car is all ours..ours alone.


p/s Tak sure kt geran kereta dia panggil caveat jugak ke tak. Tapi dalam geran tanah dan Kanun Tanah Negara memang panggil kaveat pun.


awin hashim

Thursday, August 15, 2013

Naurah - 1 tahun 3 bulan

Makin besar anak dara win seorang ni. Mulut becok asyik bercakap je. Dia memang cepat ckp. Vocab dia dah banyak.. Apa saja kita sebut, dia boleh tiru.. So, sekarang memang kena beringat je apa kita nak cakap. Jalan pun da tegap n berlari pun boleh. Dua hari lepas, dia kejut mummy mcm daddy kejut mummy suroh bangun.. dia kejut mummy sambil sebut "mimummy, na nennenn" hihihi. selagi win tak bangun dia cium cium pipi win perlahan. saja la win pura pura tidur sebab sedap kena cium dengan anak dara sendiri.

She loves flower so much. Bunga kat rumah yang win gubah, dia cabutnya, dan bawa ke hulu ke hilir.. Win belikan dia bunga setangkai (dalam gambar tu), tapi dia tetap suka cabut bunga yang dah digubah..
Naurah dia tak suka dekat org yg dia tak kenal. Kalau org tu dia kenal, dia terus peluk peluk cium cium. Oh ye, she kisses everybody she likes A LOT., suka dibelek belek dan membelek org, manja betul. Gigi atas dah mula tumbuh menjumlahkan 4 gigi semuanya.. yey!.. rambut dah panjang tapi belum ckup lebat utk difesyenkan *mummywaitingpatiently*

Baru-baru ni, dah ada makcik tanya soalan dekat win, "taknak baby kecik ke?" haha.. tak sangka dah dapat soalan seawal ni. Makcik tu sorg je tanya, takde siapa penah tanya fasal 2nd baby yet. Tgk lah muka Naurah ni, she's not kakak yet. kan? hehe.. I choose to wait some more, thank you!
 
p/s i love you little creampuff.

Wednesday, July 24, 2013

"WARM BODIES" just another zombie movie??

Semalam, win tgk cerita ni. Best. Serious best.. kalau win nak describe movie ni menggunakan satu perkataan, perkataan yang paling sesuai ialah "HOPE", yes.. harapan.



Win suka tengok cerita zombie, tak kesahlah kalau sebodoh-bodoh cerita zombie budget murah sekalipun, i like... entah kenapa. Win ikut series The Walking Dead.. sekarang tengah tunggu season 4 keluar Oktober 2013... tak sabar!

Kembali kepada tajuk, soalan yang perlu ditanya adalah is "WARM BODIES" just another zombie movie?? NOPE. Its THE zombie movie.

**SPOILER ALERT**

selalunya bila tengok cerita zombie, persoalan yang timbul adalah:

dia ni akan survive ke?
haaa? mak dia dah mati jadi zombie ke??
alamak, dah dikelilingi zombie, takde org nk tolong ke?

semua fasal zombi kejar, gigit, kau mati, kau bgn balik jadi zombi jugak asalkan otak kau tak musnah.. hmm tipikal, sungguh tipikal.

yang paling tipikal adalah, zombie yang lembab pergerakannya kejar kau pun, mesti kau kena tangkap jgk.. bukan ke kau lari laju daripada dia? aneh..

Tapi dalam cerita ni, kita (penonton) dibawa melihat daripada perspektif zombie pulak.. so, soalannya adalah, apa zombie ni fikir? boleh ke dia fikir lagi? dia ada perasaan ke? dan soalan yang paling penting,,, is there a hope for a zombie to become human again? maybe they are not dead yet, they are just infected, maknanya, can they be cured??

dalam cerita ni, jwpnnya YES. they can be cured
cerita ni menjadi sayu sebab ada dimasukkan unsur cinta.. haha.. yes, cinta oke!! cinta dalam hati zombie..

kesimpulannya, kalau tanya win, WARM BODIES is the best zombie movie i've ever seen (conceptually lah).. sebab still nampak mcm cerita budget murah jugak.. boohoo..

oke bye..


awin hashim

p/s wan, mlm ni wan akan dipaksa tgk cerita ni.

Wednesday, July 10, 2013

Nak masak apa ikan dory ni??

Haritu ada satu mlm, win n wan tinggalkan Naurah dekat mama (babysitter), nak testing boleh ke Naurah stay dengan mama tanpa mummy (win) memandangkan Naurah masih breastfeeding dan win kena pergi persidangan yang tak boleh escape di Kota Kinabalu.. well, cerita ni bukan fasal tu, cerita ni fasal apa yg win n wan buat 1 malam tanpa Naurah.. tiiihihihihi...

of course kami melakukan perkara yang kami tak dapat lakukan kalau Naurah ada..iaitu, makan steamboat lama lama dekat MAEPS tempat secluded yang mcm tempat jin bertendang (read: takde org mlm2 sunyi sepi, gelap, pokok besar, mcm haunted tempat ponti bergayut yg tiba-tiba ada restoran steamboat kat tengah-tengah). Memang tempat tak sesuai nak bawak baby yg belum pandai bercakap pergi malam-malam.. boleh la.. TAPI kang dia nanges meraung tak mau berenti sebab ada yg mengikut win n wan jugak susah. (kalau kau org sanggup layan anak kau org nanges meraung secara scary mlm mlm, sila kan lah.. takde siapa halang pon)

sebelum ada Naurah memang win n wan spent berjam jam dkt sini mkn berdua.. sebab kami suka steamboat dan makan steamboat takley laju laju.

oke, dlm banyak-banyak mknn mentah yg ada, ada la isi ikan, sesuai dengan tajuk post ini, ikan itu adalah ikan dory.. whohooooooo..sedap. memang sedap. win suke. mula dekat situ la tiba tiba win jadik gila dgn ikan dory. Sebelum ni tak heran pun. wan pun suka n layan je ikan tu.. sedap di-steamboat-kan dalam kuah tom yam atau sup perasa ayam.. there 1. ikan dory boleh dimasukkan dalam tom yam atau 2. sup kan dia dan 3. dimakan secara steamboat.. wowww sedapnya.. di bulan puasa (hari first puasa pulak tu) dok cerita fasal food.

lepastu, dek kerana kegilaan win terhadap ikan dory ni, kami pergi beli dekat giant bandar baru bangi tu sebungkus, sebungkus tu 1 kg iaitu 3 keping semuanya..RM5.54..mcm tu lah harganya. balik rumah kami buat tom yam. memang sedap campur dgn udang sotong semua tu.

lepastu, kami beli lagi, kali ni, win 4. goreng celup tepung goreng serbaguna tu.. sedap!! mcm fish n chips kt manhattan fish market la konon.

lepastu, kami beli lagi.. (kata gila ikan dory kan??) kali ni win goreng mcm biasa.. letak kunyit + garam secukup rasa.. kasi Naurah makan sama.. Naurah ngap je. Tapi win n wan rasa..FAILED. 5. goreng kunyit biasa-biasa menjadikan ikan dory pahit.. tak sedap!, so jgn buat!!

lepastu, kami beli lagi dan kali ni wan ckp, "win, cuba win masakkan ikan dory tu masak asam.." win cuba.. n tadaaaaa.. sedap.. 6. ikan dory masak asam pedas is marvellous!! wuuwwuwwwuuuu..ley cuba.. jgn lupa daun kesayangan win, daun kesum..

lepastu, ayah n mak win pulak terasa nk makan western..so, win n wan gi cari ikan dory..kali ni dekat tesco extra selayang, harganya RM7.79 sekilo.. pack of 3 jugak.. kali ni, kami ikut resepi dari blog ini http://rohaisha.blogspot.com/2012/08/ikan-dori-grill-sos-garlic.html thanks kak! sedap.. dapat pahala,.,, :) kakak ni 7. grill kan ikan dory dia. letak paprika sikit, jus lemon sikit makan dengan sos garlic.. sedap... wahh..

setakat ni, ntah berapa kali kami dah makan ikan dory.. tapi baru cuba cara-cara yg 7 ini saja.. nak  masak cara apa lagi, nanti boleh fikir.. post ini utk memberi idea kepada sesiapa yang takde idea walaupun dah google, still tak sure.. n ikan dory is good for babies, Naurah pun suka.. kita pun hati senang sebab takde tulang dalam filet ikan dory yang jual beku tu..!!

oke bye.!


awin hashim

Tuesday, July 2, 2013

am just saying.

i met with some people recently, some with negative history, there are still negative vibes or if not, awkwardness is still prevailing. some do not even trying to delete that awkwardness. they don't bother.

i am meeting with these daily persons. some are competitive. too competitive perhaps. not a healthy relationship.

lately i am surrounded with happiness. feels like hugging everything that moves. n my little baby is feeling the same (i think) we ended up hugging and kissing most of the time we are together. feeling overwhelmed.

Donate Books to Hospital Kuala Lumpur / Dermakan Buku kepada Hospital Kuala Lumpur

Semasa menghantar seorang ahli keluarga masuk wad semalam (1 Julai 2013) tiba-tiba pintu bilik diketuk oleh dua orang perempuan berbangsa India. "We are from HKL library. Do you want any books to read?"..

Kami pandang pelik/kagum kepada dua orang perempuan tersebut. Dalam fikiran, wah ada servis hantar buku sampai ke katil hospital lah! Bagus betul.

Win (sort of) interview dua orang perempuan tersebut. Hasil perbualan kami, win dapat tahu, mereka bukannya staf HKL tetapi volunteers untuk HKL di mana setiap hari Isnin, mereka akan datang HKL untuk buat kerja sukarela, mengagih buku dari katil ke katil pesakit HKL. Buku datang dari perpustakaan tingkat bawah kata mereka, win tak tahu tingkat berapa sebenarnya, di bangunan wad-wad HKL.

Bila ditanya buku apa yang ada, mereka cakap "we have magazines, many kinds of books, we have reader's digest, but we are shortage of malay books like mastika. you see, those patients when they see that the books are new, they tend to take home the books, so, u can donate books to us too. but no guarantees that the books will be there the next week"

Hmm.. interesting!.. so, kesimpulan yang win boleh buat adalah, SIAPA NAK DERMA BUKU BUKU LAMA YANG DIA DAH BACA, MAJALAH KE bolehlah hantar kepada jururawat di wad Hospital Kuala Lumpur Aras 2 dan nyatakan niat anda untuk buku/majalah tersebut diberi kepada perpustakaan pesakit HKL atau masukkan dalam kotak besi putih di hadapan perpustakaan pesakit aras 2 blok utama.
Best kan?


awin hashim

Monday, June 24, 2013

Jun 2013

Oke, macam-macam terjadi masa Jun 2013..antaranya:

12-15 Jun 2013, win kena pergi persidangan di Sabah. Wan pulak outstation ke Kuantan..on the same dates.. Terpaksa berpisah dengan wan dan Naurah selama 3 malam. Dunia menjadi tak indah langsung.. Asyik rasa nak balik je. Padahal patutnya punyalah best dapat terbang pergi sabah...hmmm..

18 Jun 2013, naurah pandai jalan dah..akhirnya,... :) dah pandai berdiri sejak masuk 9 bulan, took her first step masa 1 tahun 1 bulan 3 hari... oke la tu.. way to go Naurah!! mummy loves u... always

18 Jun 2013 juga, baby Imdad lahir.. sepupu Naurah wan's side.. senang nak ingat tarikh Naurah took her first step ni..hihi

20 Jun 2013, ayah jatuh, broke his arm.. ya Allah.. sembuhkan lah dia cepat. amin!! nobody told me until hari sabtu 22 Jun 2013..baru aku tau.. this is just wrong..

20-21 Jun 2013, win pergi outstation di Melaka.. dijemput menjadi penceramah/fasilitator bagi bengkel yg kementerian anjurkan.. turned out boss je nak cakap sorg sorg.. dia bagi win chance utk cakap tapi fasal benda yang dia dah elaborate panjang lebar.. win hilang mood.. suka hati kau la bos.. kau nk claim sorg sorg elaun penceramah..silakan.. aku tak hadap sgt pun.. benci btol. dah la defeat the purpose je bengkel tu.. hahaha.. inilah definition for syok sendiri. too harsh i know, but its the truth.. :-(


24 Jun 2013, lagi fasal bos buat aku stress..

kesimpulannya.. jun 2013 adalah bulan yg paling busy dalam 2013 so far. tapi byk claim..hehehe..

p/s this is a pointless entry for u people but for me, a lot has happened and all of that contain meanings in their own ways..

Wednesday, May 15, 2013

Naurah dilahirkan, satu tahun lepas.

14 Mei 2012

7.00pagi = decided utk ambil emergency leave sebab Naurah dah beri tanda-tanda nak keluar
7.15pagi = first actual contraction - a mild one
7.30pagi = another contraction - still mild
7.45pagi = same
8.10pagi = same
8.15pagi = fell asleep until 10.15pagi..

10.15pg = call wan, i think it's time.
11.00pg = still calling wan, tak dpt!! whyyyy????
11.30pg = mak said, "siaplah win, kita pegi hospital, nanti wan terus pegi sana" hatiku remuk. wan sepatutnya hantar win pergi hospital!
12.30tgh = dah masuk kereta with bags, on the way to hospital tuanku mizan
1.00tgh = admitted.. mild contraction setiap 15min
2.00ptg = berjaya call wan!
3.35ptg = wan sampai hospital
4.00pm = contraction kuat dan semakin kuat.. layan contraction kuat sampai pukul..?

8.00pm = mak aihh sakit gile contraction ni. Tuhan dan sekalian ibu yang pernah merasa je tau..
9.00pm = contraction kuat sgt, doktor suruh stop makan, minum pun sekadar hilang haus, ada possibility utk c-section sebab jantung baby tak stabil

15 Mei 2012 - Part 1

12.30am = terbangun sebab contraction kuat. tapi hati rasa happy, sbb mungkin baby keluar harini. I always love 15 May, sebab 15 Mei 2008, wan n win punya first date as a couple yg declared officially in a relationship.. amboi amboi.. hehe
3.00am = doktor dtg check bukaan, 2cm
5.00am = bukaan 1.5cm.. what????? ada dosa aku ni agaknya. minta maaf kat wan. wan pesan suruh minta maaf dkt mak. kot kot ada dosa. :) doktor n nurse tanya ada minum air selusuh ke contraction kuat sgt? air belum pecah lagi. i said "no, not yet. tu air selusuh, dah ada, tapi tak minum pun lagi".. they told me don't.
6.30am = tersedar dari tidur, terus melayan sakit contraction. masa ni sakit sgt. tapi sampai skrg, setitis air mata pun tak keluar.. wahhh kuat juga aku ni..hehe
7.00am = dah lembik sbb contraction kuat sgt n lapar, walaupun doktor dah kasi makan by 6am (mlm sebelum, doktor suruh puasa, just in case kena czer sbb jantung baby tak menentu), doktor suruh ready sebab dah boleh masuk labour room (walaupun bukaan baru 2cm) haha
8.07am = kena tolak masuk labour room (dalam hati whohoooo)
8.15am = wan sampai. lembik n contraction kuat sangat, separuh sedar sbb tgh layan gas
8.35am = nurse pecahkan air ketuban, dia kata lepas ni baru lah sakit. tak tau nk fikir apa dah, kalau spnjg masa td tu belum kira sakit, lepas ni mcm mana???? wan diberi tuala basah, nurse suruh lap muka muka aku ni.. katanya aku dehydrate.. setiap kali wan lap muka aku, aku lega..walaupun tgh sakit..lega, ada magik la (kuasa Tuhan), tangan suami menenangkan. :)
8.45am = first contraction selepas air ketuban pecah. ya Allah. serius. rasa contraction tu macam ....!!
8.55am = doktor dtg n check, bukaan 4cm. alhamdulillah.. n doktor ckp "nanti pukul 1pm saya dtg cek bukaan lagi, kalau dah 8cm ke atas..bla bla bla" duniaku runtuh.. pukul 1? doktor ni reti tak aku sakit, skrg baru pukul 8 lebih.. GILA!, then i fell asleep..(gas ni ngantuk n high aku dibuatnya)


15 Mei 2012 - Part 2

10.20am = aku terbangun sebab tiba-tiba rasa baby jatuh.. dari perut dia pegi kt hip.. dah kenapa???? ya Allah.. terbangun terus menjerit "sekarang..sekarang..." terkejut wan kat sebelah aku yg duk mengelamun. nurse berlari dtg ckp "tahan..tahan".. aku jwb "tak boleh..sekarang,.sekarang..."... semua conversation adalah dlm tone yg paling nyaring sekali.. ye aku menjerit sebab baby rasa nk jatuh keluar. kalau aku berdiri la time tu, sure naurah jatuh bedebuk ke lantai..
10.25am = terus nurse check bukaan... dan dia jerit "cepat..cepat.. ready... dah time... sekarang..sekarang.." dia jerit kat nurse lain.."panggil doktor,.." jerit dia lagi.. aku rasa aku ketawa kot time tu.. tu la kau tak caya. aku kata sekarang, sekarang la.. (tp mungkin tak kot..? ntah..laughing gas memang buat aku lalok)
10.32am = aku disuruh start push.. nurse ckp "push..push".. haha.. aku pun menggunakan ilmu yg aku belajar masa pergi antenatal class. tapi i tell u, semua benda hilang masa ni,,, sebab sakit sgt n gas tu btol buat aku high n pening.. dlm class doktor da pesan jgn angkat punggung...nnti koyak rabak.. masa tgh push, itulah yg aku buat. aku tak sedar pun.. tapi nurse n wan sentiasa ckp "jgn angkat b*nt*t win".. (jangan berfikiran kotor atau lucah di sini. Ini cerita serius, kalau kau lucah, nyah kau dari blog ni).
10.45am = aku push yg terakhir tu, rasa baby lalu, dari hip, lalu celah kaki, n keluar, tiba tiba aku rasa kosong dan ringan.. contraction pain? gone.. ya Allah.. i am a mother... kedengaran nurse ckp "alhamdulillah" bila baby nangis,, perlahan je dia nanges.. baby diletakkan (dicampakkan?) ke atas perut aku... n dia bergerak gerak perlahan. i saw her face. baru air mata setitik nak keluar.. hehe..

15 Mei 2012 - Part 3

10.55am = nurse ambil baby, nak dibersihkan dan kemudian di azankan oleh wan. yg ni aku tak tengok :(
11.10am = bermulalah perkara yang paling HORROR sekali.. apa? ingatkan dah selesai, KONON.. rupanya belum.. nurse/doktor tak sure bius lah aku. nak jahit. katanya banyak jugak nak kena jahit.. mereka pun jahitlah,, aku pun jerit "awwww sakitlah...!! sakitlahhh!!"
n nurse boleh tanya ye... "iyeke sakit?" tak ke gila? aku pun jeritlah kt muka dia "sakit sakitt!!" macam mana tak sakit, aku kena jahit hidup-hidup.. 
11.20am = aku masih dijahit, tapi dah tak sakit mcm tadi.. tapi masih sakit lah.. rupanya BIUS BARU BERKESAN.. BODOH..!
11.40am = dah sudah!! aku disuruh bangun dan berjalan, disuruh pergi kencing, wan disuruh papah aku pergi bilik air dan pegang aku sementara aku berusaha kencing..n i succeed.. successful here means, aku nye parts berfungsi, and it was vital for them to know that..pastu aku dibersihkan oleh nurse... masa tu baru boleh berborak dengan wan. baby dengan nurse, dimandikan lah dan apa apa saje.
1.00pm = ditolak masuk ke bilik!! with baby!! mak ayah, lin ira, rayen.. semua ada tunggu situ.. dah masuk bilik, aku memang terbaring aje. baru terasa penat.. sakit tak rasa langsung sebab bius tu berkesan..sengal.. baru nk berkesan skrg. padahal masa jahit tu azab! lg azab dpd beranak n contraction. see? sakit yg tuhan kasi sesuai dengan kita (memang sakit tak tahan) tapi berbanding sakit kena jahit hidup2,, ngok punya nurse.

Selesai. :)

Harini, 15 Mei 2013, Naurah dah setahun. Dah anak dara dah. Best kan konsep baby yang Allah kasi?
Win fell in love with Wan, we got married, then Allah hadiahkan Naurah.
Naurah was worth every pain i've gone through dari hari-hari mengandungkan dia sampai dia dah lahir dan sampai dia setahun.

Happy Birthday Naurah Arissa!
*doa panjang panjang untuk Naurah, semoga doa mummy Allah makbulkan untuk Naurah*

p/s Wan, i love u to bits.

Monday, April 22, 2013

Nak terjun ke tak?

Selamat hari isnin kawan-kawan.

Semalam saya dikejutkan dengan sesuatu berita. Harini, pagi-pagi dalam berita hot fm da ada sebut fasal berita tu juga.

Adik saya yang belajar di India, punya kawan yang juga belajar di India, punya adik yang belajar di sebuah universiti di pahang, telah meninggal akibat lemas di air terjun.

Seorang kawan dia telah hanyut dibawa arus deras (kepala air kot kan? ntah), dia nampak kawan dia hanyut, semua org yang lain tengok je, jadi dia terjun nak selamatkan kawan dia. Dua-dua hilang dan later dua-dua dijumpai mati.

Si abang cepat-cepat beli flight ticket balik dari india ke malaysia. itupun, tak sempat nak kejar jenazah yang akan dikebumikan harini. ya allah..

oke, daripada cerita ini, win serious tak tau, apa win akan buat kalau tgk kwn win hanyut dlm sungai. confirm dia akan mati punya. win can swim very well, tapi, ini sungai, ada batu, n air laju,... pandai berenang pun kadang-kadang tak guna. so, if such situation happens to u, what would u do? to jump or not to jump??
oke..oke katalah bukan kawan, isteri? atau suami? atau anak yg hanyut. what would u dooooo????????

win rasa ada satu je jwpn, yg kita sendiri pun tak sure sampai benda dah jadi depan mata:
at the spur of the moment, u will just do it, without even have a second to think about what u r about to do. kalau ajal, matilah. kalau belum ajal, survive.

mari bertafakur dan sedekahkan al-fatihah kepada kedua-dua mangsa (boys, aged 20).

Friday, April 19, 2013

morbid thursday

semalam. di mrr2, jalan tak jem langsung. mungkin sebab tak jem. win was like "yey, sampai cepat, boleh masak cepat utk naurah n daddy"...
sambil bercakap telefon (win used handsfree) sambil drive n berborak dengan daddy. tiba-tiba tgh2 highway yg tak jem berhenti terus. 0km/j. I was like.. what aaa?

there near Pantai Hospital Cheras, on the opposite road (the one menuju ke dalam KL, win menuju ke luar KL), jalan tu pulak menaik, there atas bukit. ada something mati. agak besar.. i can't see from afar.
since win mmg dekat lane paling laju, so i thought, i'll get clearer view nanti bila nak lalu.

bila dah dekat, baru la win boleh sure, itu mayat org!! what a morbid thursday. ya Allah.. melayu ke? india kot? but definitely not cina because, kulit dia bukan putih/kuning. when i passed through, i can see clearly that the mayat was so nipis. n dada dia mcm kosong. n i can't see the face/head clearly.. hancur bersepai.

berderau darahku. ya Allah. sempat win snap gambar 2 keping, then tutup tingkap n nak jalan la, sambil tu masih memandang ke arah jln tu kan, and then i saw some organs bertaburan. mcm paru paru? or hati, i don't know.. tapi ada tali tali (which was obviously intestines!!) no blood. mcm bersih dah kena cuci, darah hanya ada di tempat mayat tu terbaring.

beristighfar win dalam hati. mulut terkunci. ini real nampak sendiri, bukan movie atau gambar dari internet.
win called 999 and report to them. sempat win tanya, dah ada org repot ke? polis said, belum.

then win called wan balik, wan said sedekah Al-Fatihah kepada dia kalau dia islam, dia dpt lah. so i did. sampai rumah tangan sejuk je.

bila ada kematian macam tu, buat win terfikir, it could happen to anyone, especially org motor, so org motor, jangan nak menyelit sgt. bahaya. like seriously, think about ur wife and kids. macam mayat tu, ada lah anak n isteri dia yg akan menangis sepanjang malam td utk dia. ya Allah. insaf.

p/s ..?? takde p/s.



Thursday, March 28, 2013

Our 2nd Wedding Anniversary

26 March 2011 was the date when Wan said "AKU TERIMA NIKAH MAZUIN BINTI HASHIM...."

It has been 2 wonderful years. I mean to say it, wonderful. This time, Naurah is here with us pulak! We went to Manhattan Fish Market at Alamanda, having our dinner on 27 March (on 26 March, Naurah was down with flu). Last time pergi makan situ masa kita belum kahwin lagi.. dah lebih 2 tahun dah la! waa lama betul..

Selama tempoh 2 tahun, we have gone through many things together, wan n win. Rasanya kami dah kenal betul each other. We have raised a 10 month-old juga dengan jayanya. Wow,. how time flies, tahun ni kami sama-sama masuk 27 tahun. Semoga dengan izin Allah kami akan bersama dan bahagia pada umur kami 37, 47, 57, 67, 77, 87? jika dipanjangkan umur.

Tips? kami bukannya layak bagi tips pun, baru 2 tahun kawin..(boo hoo) tapi, dear readers, if you ask me, MARRY YOUR BESTFRIEND.! :)



awin hashim.

Friday, March 15, 2013

My Naurah Arissa

My Naurah Arissa
Genap dah umur Naurah 10 bulan.

Ramai yang cakap size dia dah mcm setahun lebih, ada ramai jugak yang cakap dia halus sgt..hmm.. tak kesah lah. janji sehat dan comel. :)

berdiri dah berani lepas tangan, merangkak memanjat-manjat memang khatam dah. letih jugak mengejar dia.. jalan belum lagi, sikit lagi in shaa Allah..pandai mencium mummy and daddy dah. pandai menjerit mintak perhatian jugak ni. jeritannya jeritan budak perempuan yang paling halus dan nyaring mcm kalau naik roller coaster tu. pandai ketawa, pandai ambil hati. pandai join conversation org tua. mummy ckp telefon, dia pun sama membebel, tapi bila letak telefon kat mulut dia, tak pulak dia nk ckp. n she is a talker..talk talk talk and talk.. words yang dia memang mean to say "dadi" means daddy, mummy dia panggil dada..haha.. n "ish" means fish and also iris and also ish!! yg marah tu.. "nenen" means nenen (susu) or "nana" also means nenen atau lapar..

dah kenal org sgt. bukan sembarang org dia nak. belum faham maksud "no" yet..ehehe.. dia tak suka ditinggalkan sendirian..langsung.! dulu suka pakai headband or topi..skrg dah pandai cabot sendiri, asik nak tanggalkan je. masih suka mandi..berkocak2 airnya..she eats everything yang disuakan ke mulut dia. masih enjoy breastmilk dengan apa cara sekalipun..alhamdulillah..

walaupun mummy kaki swimming, Naurah belum pernah direndam dalam swimming pool yet, lagi 2 hari baru pegi swim pool.. swim suit lama da ada dah.. cuma tak sempat :( n she has 2 teeth, gigi bwh dia dah crowning since 2 mggu lepas..

she is so adorable thus semua org asik nk berkerumun dekat dia n dia tak suka..hahahaha alahai Naurah, dah besa dah anak dara mummy ni. :)


awin hashim.

Monday, March 11, 2013

Kambing Golek untuk Akikah

Semalam, selesai sudah majlis akikah untuk orang yang paling baby sekali dalam family kami.. Myiesha Iris..
Semoga ibadah mereka diterima, amin.

Nak cerita fasal kambing.

Soalan:
1. Adakah anda akan membuat tempahan kambing daripada orang mcm ni:

situasi 1:
sedapnya kambing dia
cukup masak, dia golekkan sampai habis
siap ada coleslaw, whipped potato, garlic bread bagai

Nak kan?
masih nak ke kalau situasi 1 di atas dah jadi macam ni:

situasi 1 (a):
garlic bread dia keras, hangus hitam

mungkin masih nak kan? sometimes org buat mistake.. bukannya sengaja. maafkanlah dia.
tapi masih nak ke kalau situasi 1(a) dah jadi macam ni:

situasi 1 (a) (i):
majlis start 10 pagi, dia dari Klang. dia tau majlis di Jalan Kuching KL, dia gerak dari Klang pukul 11.
pukul 11.45 dia tersangkut jem di Federal Highway. yes dia ikut Federal Highway walaupun dah lambat.
Pukul 12.45 baru dia sampai.. kol 1.10ptg baru dia siap assemble kelengkapan and hampir 1.30ptg baru org dpt makan kambingnya.
MAJLIS started at 10am.

kalau anda masih mahu caterer ni,. silakan lah mintak info dia daripada saya. saya kasi punya.
Kalau anda takut terambil caterer kambing golek ini, sebab anda takmau dia, anda minta juga la info dia daripada saya, so boleh avoid.
Suka hatilah kan.

bila tgk website dia mcm established, tapi servis macam ta*k..apa lah nak jadi ni?
http://jari**agrofarm.blogspot.com/

Sekian.

p/s win condemn caterer ini.



awin hashim.

Wednesday, March 6, 2013

Bila hidup dikelilingi lelaki

di office win , colleague pegawai semuanya lelaki termasuklah Bos. Yang ada penolong pegawai girl sorg, Rai. Win memang ngam ngan dia. Sebelum ini ada Nadiah, but she left :(

Win biasa kawan dengan lelaki dari zaman UiTM lagi. wan pun kan best guy friend win. n hasiful pun. Kadang-kadang lebih mudah sebab mereka emotion-less most of the time (hehe) so, kalau kita emosi pun, jadinya tak terbawak-bawak sebab takde org nak mengapi-apikan. Kalau among girls, memang makin meluaplah emosi but not in a bad way, a good way actually.  Contohnya, kita marah, kita nak girlfriends menyokong kita, barulah kita rasa betul dan bersemangat. Tapi kalau lelaki dia akan instead ckp "dah la tu, tak luak pun" etc, bagus jugak, tapi POTONG la.. haha

But, se-best mana pun kawan dengan lelaki, I NEED GIRLFRIENDS!! I PREFER GIRLFRIENDS nasib ada Rai. (fuh!)

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari win keluar dengan tiga colleague lelaki. Win seorang je lapar nasik, (maybe because i am breastfeeding a child, lapar extra kot? mungkin!) yg lain tak lapar sebab kita semua dah brunch bihun sebelum tu. So we parked our car not far from kedai mamak n food stall ni. All of them went to the food stall while win pegi kedai mamak, membeli nasi untuk di'ketedarahkan' satgi kat ofis (tapau). Right after win beli, win nmpak all of the guys dah bukak pintu kereta. Win pun cepat2 lah.

Then, win dgr "teet" bunyi gear reverse, masa tu, win tgh nak bukak pintu kereta. By the time win masuk je kereta, the driver said, "nasib awin dah masuk, kalau tak confirm saya lupa dah (terus jln, balik, tinggalkan awin).." win legalah win sampai just in time ke kereta. Win jawab "takpelah kat sini banyak teksi", n he replied, "taklah, mestilah saya pusing amek awin".. hah! (kalau kau ingat lepas dah sampai ofis?) Naya la win sorg2 tercangak kt situ menunggu, sungguh ku rela menahan teksi. (lesson learn, always make sure u have at least RM20 in your purse just in case u'll get dumped like this later in life).

Well, the truth is, win seriklah woi. ada ke kau boleh lupa win yg comel molek ni? sampainya hati. takpelah later, either everybody naik kereta win or win keluar sendiri sorang-sorang or kalau naik kereta lain pun oke, but not that particular car. paling busuk pun, kalau ada Rai sama2 or mizi, i feel safe, kalau takde. SORRY... I PREFER TO BE ON THE SAFE SIDE YE KAWAN-KAWAN. so, no next time. Lagipun, win ada kereta sendiri. Nak makan? jom, jumpa sana. :)

Tiada isu terasa hati di sini, tapi win jenis serik. Kalau dah serik, habislah, forever la kena banned. Senang. haha,. again, win ada kereta sendiri. kena banned tak bermakna win tak kawan,. kawan je mcm biasa. tapi takmo ulang benda sama. pisang kalau berbuah dua kali, baik kau lari (faham ke ni?)

p/s win takkan lupa siapa yang naik kereta dengan win. win takkan lupa siapa yang pernah lupa win. win takkan lupa siapa yang tinggalkan win.

sekian.


awin hashim.

Cerita Termometer Baby

Cerita ni kesinambungan cerita termometer sebelum ini:

sila baca post dekat link di atas dulu, baru baca yang ni.

BERITA BURUK
Termometer telinga baby yang win pernah ceritakan tu, pakai tak sampai 3 bulan, ROSAK SUDAH!!

Win pakai mcm biasa, tak pernah jatuh terhempas, tak pernah win hempas ke dinding dan sebagainya. Cara pemakaian kami oke je. tapi dia nak rosak jugak. APa nak buat???

BERITA BAIK
So, since win memang berpandangan termometer sangat penting untuk org yang ada baby, jadi win n wan beli yang betul-betul punya. Mahal jugak la.. Termometer kami beli jenama little bean. Seperti gambar di bawah.




RM149.90 beli kat mana-mana kedai baby pun macam tu lah harganya. Paling murah win pernah jumpa RM145, online, tapi belum masuk harga postage lagi. Kalau selepas harga postage dah jadi lebih mahal dpd RM149.90, so, win start enjin kereta, BELI! (ke wan yang gi beli ha? lupa dah)


Best ke tak? jawapannya, BEST!!
Ni adalah termometer untuk forehead (dahi) dan telinga. Bacaan di telinga adalah lebih accurate (ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri apabila naurah dan win yang demam haritu)
1 second je masa diperlukan untuk suhu diambil. Memang mudah bagi bayi yang suka meronta-ronta seperti Naurah pada dahulu kala. (Sekarang dah tak, dia diam n tunggu je termometer berbunyi..baik anak mummy muah muahh)

Ada pulak suara perempuan menyebut "your temperature is thirty seven point one celcius",, ahahaha itu yang Naurah hairan tu,. :)

Win recommend beli termometer ni. Best, worth it. :)

BERITA YANG LAGI BAIK
fasal harganya, pada masa baby expo yang lepas (KLCC, 1-3Mac2013) win dan wan terjumpa Little Bean punya booth, mereka ada jual termometer ni, sama sejibik sejibam. Nak tau harganya???

RM110 sahaja. damn. WIN BELI RM149.90!! hahaha cis

Nasihat win, when you want to purchase something that costs u more than RM100, check out baby expo's price prior before purchasing, oke??



p/s nasib la labu. Tapi takpelah, termometer ni dah berjasa sebab bukannya Naurah selalu demam, win yg selalu demam lately..hehehe

p/s 2 kepada mummies yang fikir begini "aalaaa anak aku tak demam pun n takkan demam pun sebab aku breastfeed fully so dia sentiasa imune"
think again, jgn cabul mulut nanti Tuhan balas baru tau..heheh (dah terserempak dah dengan mummies cmni)..
FYI, Naurah fully breastfeed juge, tapi dia demam juga occasionally selepas kena injection, last time dia kena demam campak oke!.. so, i suggest, buy a termometer juga, simpan je. just in case. kalau sihat eloklah, alhamdulillah, kalau demam, jeng!! ada termometer, SIAP! kan best kan?


awin hashim.