7.00pagi = decided utk ambil emergency leave sebab Naurah dah beri tanda-tanda nak keluar
7.15pagi = first actual contraction - a mild one
7.30pagi = another contraction - still mild
7.45pagi = same
8.10pagi = same
8.15pagi = fell asleep until 10.15pagi..
10.15pg = call wan, i think it's time.
11.00pg = still calling wan, tak dpt!! whyyyy????
11.30pg = mak said, "siaplah win, kita pegi hospital, nanti wan terus pegi sana" hatiku remuk. wan sepatutnya hantar win pergi hospital!
12.30tgh = dah masuk kereta with bags, on the way to hospital tuanku mizan
1.00tgh = admitted.. mild contraction setiap 15min
2.00ptg = berjaya call wan!
3.35ptg = wan sampai hospital
4.00pm = contraction kuat dan semakin kuat.. layan contraction kuat sampai pukul..?
8.00pm = mak aihh sakit gile contraction ni. Tuhan dan sekalian ibu yang pernah merasa je tau..
9.00pm = contraction kuat sgt, doktor suruh stop makan, minum pun sekadar hilang haus, ada possibility utk c-section sebab jantung baby tak stabil
15 Mei 2012 - Part 1
12.30am = terbangun sebab contraction kuat. tapi hati rasa happy, sbb mungkin baby keluar harini. I always love 15 May, sebab 15 Mei 2008, wan n win punya first date as a couple yg declared officially in a relationship.. amboi amboi.. hehe
3.00am = doktor dtg check bukaan, 2cm
5.00am = bukaan 1.5cm.. what????? ada dosa aku ni agaknya. minta maaf kat wan. wan pesan suruh minta maaf dkt mak. kot kot ada dosa. :) doktor n nurse tanya ada minum air selusuh ke contraction kuat sgt? air belum pecah lagi. i said "no, not yet. tu air selusuh, dah ada, tapi tak minum pun lagi".. they told me don't.
6.30am = tersedar dari tidur, terus melayan sakit contraction. masa ni sakit sgt. tapi sampai skrg, setitis air mata pun tak keluar.. wahhh kuat juga aku ni..hehe
7.00am = dah lembik sbb contraction kuat sgt n lapar, walaupun doktor dah kasi makan by 6am (mlm sebelum, doktor suruh puasa, just in case kena czer sbb jantung baby tak menentu), doktor suruh ready sebab dah boleh masuk labour room (walaupun bukaan baru 2cm) haha
8.07am = kena tolak masuk labour room (dalam hati whohoooo)
8.15am = wan sampai. lembik n contraction kuat sangat, separuh sedar sbb tgh layan gas
8.35am = nurse pecahkan air ketuban, dia kata lepas ni baru lah sakit. tak tau nk fikir apa dah, kalau spnjg masa td tu belum kira sakit, lepas ni mcm mana???? wan diberi tuala basah, nurse suruh lap muka muka aku ni.. katanya aku dehydrate.. setiap kali wan lap muka aku, aku lega..walaupun tgh sakit..lega, ada magik la (kuasa Tuhan), tangan suami menenangkan. :)
8.45am = first contraction selepas air ketuban pecah. ya Allah. serius. rasa contraction tu macam ....!!
8.55am = doktor dtg n check, bukaan 4cm. alhamdulillah.. n doktor ckp "nanti pukul 1pm saya dtg cek bukaan lagi, kalau dah 8cm ke atas..bla bla bla" duniaku runtuh.. pukul 1? doktor ni reti tak aku sakit, skrg baru pukul 8 lebih.. GILA!, then i fell asleep..(gas ni ngantuk n high aku dibuatnya)
15 Mei 2012 - Part 2
10.20am = aku terbangun sebab tiba-tiba rasa baby jatuh.. dari perut dia pegi kt hip.. dah kenapa???? ya Allah.. terbangun terus menjerit "sekarang..sekarang..." terkejut wan kat sebelah aku yg duk mengelamun. nurse berlari dtg ckp "tahan..tahan".. aku jwb "tak boleh..sekarang,.sekarang..."... semua conversation adalah dlm tone yg paling nyaring sekali.. ye aku menjerit sebab baby rasa nk jatuh keluar. kalau aku berdiri la time tu, sure naurah jatuh bedebuk ke lantai..
10.25am = terus nurse check bukaan... dan dia jerit "cepat..cepat.. ready... dah time... sekarang..sekarang.." dia jerit kat nurse lain.."panggil doktor,.." jerit dia lagi.. aku rasa aku ketawa kot time tu.. tu la kau tak caya. aku kata sekarang, sekarang la.. (tp mungkin tak kot..? ntah..laughing gas memang buat aku lalok)
10.32am = aku disuruh start push.. nurse ckp "push..push".. haha.. aku pun menggunakan ilmu yg aku belajar masa pergi antenatal class. tapi i tell u, semua benda hilang masa ni,,, sebab sakit sgt n gas tu btol buat aku high n pening.. dlm class doktor da pesan jgn angkat punggung...nnti koyak rabak.. masa tgh push, itulah yg aku buat. aku tak sedar pun.. tapi nurse n wan sentiasa ckp "jgn angkat b*nt*t win".. (jangan berfikiran kotor atau lucah di sini. Ini cerita serius, kalau kau lucah, nyah kau dari blog ni).
10.45am = aku push yg terakhir tu, rasa baby lalu, dari hip, lalu celah kaki, n keluar, tiba tiba aku rasa kosong dan ringan.. contraction pain? gone.. ya Allah.. i am a mother... kedengaran nurse ckp "alhamdulillah" bila baby nangis,, perlahan je dia nanges.. baby diletakkan (dicampakkan?) ke atas perut aku... n dia bergerak gerak perlahan. i saw her face. baru air mata setitik nak keluar.. hehe..
15 Mei 2012 - Part 3
10.55am = nurse ambil baby, nak dibersihkan dan kemudian di azankan oleh wan. yg ni aku tak tengok :(
11.10am = bermulalah perkara yang paling HORROR sekali.. apa? ingatkan dah selesai, KONON.. rupanya belum.. nurse/doktor tak sure bius lah aku. nak jahit. katanya banyak jugak nak kena jahit.. mereka pun jahitlah,, aku pun jerit "awwww sakitlah...!! sakitlahhh!!"
n nurse boleh tanya ye... "iyeke sakit?" tak ke gila? aku pun jeritlah kt muka dia "sakit sakitt!!" macam mana tak sakit, aku kena jahit hidup-hidup..
11.20am = aku masih dijahit, tapi dah tak sakit mcm tadi.. tapi masih sakit lah.. rupanya BIUS BARU BERKESAN.. BODOH..!
11.40am = dah sudah!! aku disuruh bangun dan berjalan, disuruh pergi kencing, wan disuruh papah aku pergi bilik air dan pegang aku sementara aku berusaha kencing..n i succeed.. successful here means, aku nye parts berfungsi, and it was vital for them to know that..pastu aku dibersihkan oleh nurse... masa tu baru boleh berborak dengan wan. baby dengan nurse, dimandikan lah dan apa apa saje.
1.00pm = ditolak masuk ke bilik!! with baby!! mak ayah, lin ira, rayen.. semua ada tunggu situ.. dah masuk bilik, aku memang terbaring aje. baru terasa penat.. sakit tak rasa langsung sebab bius tu berkesan..sengal.. baru nk berkesan skrg. padahal masa jahit tu azab! lg azab dpd beranak n contraction. see? sakit yg tuhan kasi sesuai dengan kita (memang sakit tak tahan) tapi berbanding sakit kena jahit hidup2,,
Selesai. :)
Harini, 15 Mei 2013, Naurah dah setahun. Dah anak dara dah. Best kan konsep baby yang Allah kasi?
Win fell in love with Wan, we got married, then Allah hadiahkan Naurah.
Naurah was worth every pain i've gone through dari hari-hari mengandungkan dia sampai dia dah lahir dan sampai dia setahun.
Happy Birthday Naurah Arissa!
*doa panjang panjang untuk Naurah, semoga doa mummy Allah makbulkan untuk Naurah*
p/s Wan, i love u to bits.
ok Win. Scary bunyinyer...Teh~~
ReplyDeletetp lepas baby lahir, seindah-indah perasaan kau akan rasa teh.
Delete