Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, February 22, 2012

maxis - blackberry contract

oke, setelah hampir setahun pakai blackberry dgn maxis (dah nak setahun dah kami kahwin, fyi..wow!), terasa ada sedikit penyesalan di situ (maxis tu ye, bukan kahwin tu..ish)

sebelum subscribe maxis blackberry, kami subscribe plan yg principal-subsidiary tu:

principal = RM50
subsidiary = RM30

kalau terlebih pakai bayarlah yg terlebih tu, tapi kalau terkurang, kena bayar RM50+RM30..benefit? principal calls/sms subsidiary..free (subject to some limits, tapi limits ni jarang tercapai pun)

itu sebelum kan? oke, selepas subscribe maxis blackberry, kami patutnya bayar begini sahajalah:

blackberry internet service (BIS) = RM55 (wan) + RM55 (win)

benefit? bbm free, internet utk smartphone free, bley sambung blackberry ke laptop n enjoy internet tu..(ada limit jugak, tapi tak penah sampai limit pun, sbb kami tak mendownload sgt)

tapikan, masa subscribe maxis blackberry, kami baru nak kahwin..sebelum kahwin kan sentiasa bergayut telefon tak cukup-cukup, jadi kami tak foresee yg selepas kahwin, pergayutan telefon akan berkurangan sama sekali..faham tak ni? maka, oleh sebab tak foresee penurunan kadar pergayutan telefon, kami mintak maxis masukkan sekali plan principal-subsidiary ke dalam maxis blackberry itu.. tapi maxis dah kasi syarat.. plan principal-subsidiary tu tak boleh amek yg RM50-RM30 dah..wajib amek RM80-RM50 dan ke atas sahaja. kami setuju!
kami ambil maxis blackberry + principal-subsidiary, jadi macam ni:

RM55 + RM55 + RM80 + RM30 + RM30
(BIS win) (BIS wan) (principal win) (sub wan) (sub mak)

kontrak 2 tahun!! total kena bayar RM250 (belum masuk tax)

selepas hampir setahun, win macam menyesal, sbb bukannya lama sgt nak telefon wan yg free tu, ckp sekejap2 je, sbbnya lepas balik kerja, kami jumpa, "cakap" lah sepuas hati pun kan (hehe).. lagipun, sejak dah kahwin, win tak kena layan kalau call wan masa kerja..(isk..iskk..iskkkk) unless emergency..hmm..
SO, carik balik kontrak dengan maxis, bila terjumpa..langsung ke klausa penalty for early termination of contract on customer's part... jawapannya:

PENALTY RM1000 kalau terminate sebelum tempoh 2 tahun tamat.
end of story. *nangis*

RM250 (tak campur tax) punya bil telefon, oke je, tak la mhl na..lagipun termasuk bayarkan bil telefon handphone mak. kan noble tu kan? jarang pun guna lebih dpd limit tu, pernah sekali dua saja terlebih sampai RM300..pun still mampu..

tapi, now that we are on baby's budget, RM250 feels unnecessary la..lagipun kalau ikutkan kadar penggunaan lah kan, kami selalu guna up to RM180 je, yg RM70 tu mmg totally maxis untung free..aihhh..

maka pengajarannya di sini:

1. kalau amek maxis blackberry, tak payah ambil principal-subsidiary kalau kau dah kawen..kalau belum kahwin, or long distance tak apalah, up to u..

2. baca kontrak betul2, especially part penalty-penalty ni, at least kalau kau aware, kau masih mahu, itu pilihan kau lah.

p/s as for me? tggulah abeh 2 tahun tu..then we'll see how..haha

No comments:

Post a Comment