Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, November 7, 2013

Zoo Negara - November 2013

Wan dan win bawa Naurah pergi zoo pada 3 November 2013, ahad lepas bersama mama cah dan mama ira juga. Sebelum nak pergi, win dah research dulu entrance fee nya berapa. RM30 untuk seorang adult. Like seriously mahal gila weyh skrg. Ye lah kan, nak masuk sunway lagoon pun dah 100 lebih. Dulu RM48 je! haha
Naurah free je. Kanak kanak 3 tahun ke atas kena bayar, half price.

Sebelum ni, win last sekali pergi zoo masa 2005. Masa tu pergi dengan group asasi law kot rasanya.. Fee masuk hanya RM13.. tp itupun sebab dtg by group. Before 2005, win pergi masa 1996 rasanya, ayah ckp fee dia, bawah RM10 sahaja.


Masuk-masuk je sama, sama seperti dulu pun, kita akan jumpa zirafah dulu, kemudian gajah. Sama kandangnya, gajah yg nama siti pun masih ada, sihat. Lepastu burung, burung dan burung. :-)

Secara keseluruhannya apa yang berbeza adalah, sekarang ada Hyena!.. i love hyena. Jumpa hyena mcm jumpa artis aku jakun.. haha. Win tak jumpa beruang, babi hutan pun takde (maybe i missed the cages, i don't know)..

Harimau ada sponsor.. Maybank yg sponsor. Bukan main gemok harimau..ada 3 tempat, 1 tempat sepasang harimau gemok, 1 lagi tempat ada 4 ekor ke berapa harimau kecik sikit tapi gemok jgk dan 1 tempat untuk harimau albino warna putih yg gemok jgk. Semua aktif dan sihat, alhamdulillah. Harimau putih tu bukan main lagi dia tgk org.. agaknya kalau ikut kan hati habis semua org dia nak ngap. mungkin lapar kot. sama mcm singa dekat zoo melaka.. gerakan badan dia mcm kucing nak tgkap tikus.. memang dia nak ngap org yg dtg tgk dia.. takut!!

tapi, singa, ada sepasang, kurusssssss sgt. kesian tgk. tak ada sponsor. Kesiannya.. dah la lepak je tak bermaya. kurus kering. Takda ke siapa siapa kaya raya nak sponsor singa? kesian sgt. laki bini duduk atas batu, membelakangkan org lepas tu nampak mcm lembik.

Sekarang dah ada akuarium. Mungkin masa 2005 pun dah ada, tapi mgkin tak masuk. Tapi 1996 definitely takde (i think). Tapi having visited aquaria klcc a few times, akuarium zoo is nothing. shark pun takde. ikan air tawar je kot? tapi ada penguin..

kura kura tua yg besar tu masih ada.. tak bergerak dan makan makan makan dan makan. nothing much. oh ye, apes, mereka pun ada sponsor. memang gemok dan sihat binatang yang ada sponsor ni. seriously, takde siapa ke nak sponsor singa?

Naurah excited masa tgk zirafah yg mula mula. Muka dia mcm pelik apa benda binatang pelik ni. Dia kan selalu tgk kucing dan rabbit je. Ini zirafah. Tapi dia diam je. Seperti biasa Naurah excited tgk bird, fish, tortoise yang dia panggil tutut (read: turtle), n rabbit!!! oh my.. pergi zoo, rabbit jugak yg dia cari..hahaha.. tp most of the time di sana Naurah tidur.. Lepas harimau, dia tidur, she missed the apes, the rhinos. Dia bangun balik masa di reptile. tapi buaya manalah bergerak sgt. So dia tak heran. Hahaha.
Since Naurah suka rabbit sgt, patut bawak dia pergi bukit broga ada rabbit farm. haha.
Taking 18-month old baby to zoo is fun, she knows many animals already.. but not so much fun compared to bringing 3-year old lah.. Tapi ada parents yang bawa newborn pergi zoo?? serious! hahahah.. takpelah parents nya excited pun oke!!..

The day went well, cuaca tak panas, n tak hujan. Best lah. N kami bawak masuk mcd dan makan di dlm zoo!.. i think cannot bring food,. but we did anyway. hehe. sorry tapi sampah kami buang properly. JANJI!!

sekian.

awin hashim

Wednesday, November 6, 2013

Naurah reaching 18 months

Sempena tahun baru (awal muharam) semalam, Naurah tiba-tiba banyak menunjukkan kepandaian baru dia. Alhamdulillah.. I was the happiest mummy yesterday.

Seperti biasa win akan tertidur di sofa dpn tv sekitar jam 11 malam sebelum wan terseksa untuk mengejutkan win untuk masuk tidur ke bilik (so he claimed.. i don't think he even kejut me pun!! heheh).. he should have just carry me to bed baru romantik gitu.. Tapi.. hmmm... hahaha

So, memandangkan kejadian tertidur di sofa kerap terjadi, setiap kali pun wan akan sebut begini "mummy.. mummy masuk tidur dalam bilik please.. mummy mummy... mummy bangunlah..." (win dgr mcm ni tapi sayup je...)

Semalam, dah masuk kali kedua (ketiga?) Naurah pula kejutkan mummy mcm ni "mummy..mummy...mummmyy..." sometimes ada bunyi "ngonnn" (read: bangun)... lepastu, habis mulut win basah kena wet kiss Naurah beberapa kali yang minta mendayu dayu suruh mummy bangun..

Lepastu, semalam, bila win bangun, masuk ke bilik win dah duduk di katil, sebelah kaki masih di bawah.. guess what she did??

Sambil memanggil mummy, dia nak angkat kaki mummy naik katil. Win pun angkat kaki naik katil n terus baring kat tengah katil.. n Naurah terus pergi ke hujung katil (tempat dia) n baring sambil bergolek golek menikmati kesedapan katil.. sambil ketawa ketawa dan meminta nenen mummy. Hehehe

Naurah woke mummy up, held mummy's hand to bed, made sure mummy lies on the bed properly, lie next to mummy, position herself close to mummy to be breastfed to sleep. All that she did on her own.

Mummy kagum, Naurah. U r so clever.. Can't wait for u to read this post when u've grown up and ask mummy to tell u again about what happened on awal muharam 1435h night.

p/s daddy boleh pencen kejutkan mummy yang tertidur.. Naurah boleh take that duty. But i still wish to be carried to bed like before (u did that few times). :-)
p/s 2: have to turunkan berat badan some more supaya daddy tak guna alasan mummy lepas beranak dah berat!


Friday, November 1, 2013

Insidious Chapter 2 - Best ke?

Jawapan saya BEST!!!

Setakat ni cerita hantu yang best adalah conjuring. Best giler, tgk dekat wayang penuh dengan satisfaction.
Insidious yg pertama pun best, tapi *SPOILER ALERT* konsep cerita dia fasal org yang terperangkap dalam dunia mimpi yang penuh dengan hantu is kinda weird dan tak logik. Maka Insidious 1 adalah not bad..tapi boleh dikategorikan sebagai cerita hantu yang mcm cerita hantu yg lain jgk, biasa je.

Insidious 1 pun ada banyak part yang mcm "eh.. apa jadi?" maknanye scene dia mcm tak fhm or tergantung. Rupanya bersebab.

Sebabnya adalah dalam Insidious Chapter 2, *SPOILER ALERT* semua yg tergantung dalam Insidious 1 telah di explain satu per satu sampai perfect. Itulah sebabnya win ckp Insidious Chapter 2 itu best.

Plus, takde banyak scene terkejut sgt. Win benci cerita hantu yang tak berapa seram pun tp jadi mcm seram n susah nak tgk sbb byk scene terkejut je. Well, win punya point of view is, kalau dah hantu memang la takut. tak diterkejutkan pun takut tau. Contohnya mcm paranormal activity 4, *SPOILER ALERT* yang budak dalam selimut berdiri belakang baby sitter, tiba tiba selimut tu jatuh,, takde benda bwh selimut pun.. mana ada terkejut, tapi serius takut.

Dalam Insidious Chapter 2 dia go back ceritakan asal usul josh lambert yang masa kecik pernah travel dlm mimpi.. kan dalam Insidious 1 tu, tiba tiba je, anak dia kena, nenek dia dtg cerita yg bapak tu pernah kena dulu mcm ni,.. tiba tiba je kan.. so, dlm Insidious Chapter 2, all that have been explained! membuatkan win sebut "oh patutlah.." banyak kali.,.hahah

lepastu, ada scene hantu yang ada dlm bilik tidur dia, isteri dia nampak, tiba tiba dgr org ketuk pintu kat bawah.. husband turun, bukak pintu tgk, nothing. naik balik jumpa hantu dalam bilik baby, settle hantu dlm bilik baby tiba tiba alarm rumah berbunyik, dia turun tgk pintu rumah dia dah terbukak luas dats y alarm bunyik. Haaaa... apa jadi siapa yg main ketuk ketuk n pecah pintu ni? explained in Insidious Chapter 2.. whahahahaha.. perfect.

So, it was a good movie to watch dekat wayang. Provided that kau org tgk dulu Insidious 1 fhm? kalau tak, less satisfaction.. sebab tak tau n faham cerita secara menyeluruh..

sekian.

p/s hobbit 2 is coming.. tak sabo.!


awin hashim

Tuesday, October 29, 2013

Bicara tentang kawan

What can you do to just forget about a friend who is no longer interested in becoming your friend anymore?

Do nothing.

haha.. :-)

p/s but i have to admit, in this case, doing nothing is much harder than i thought. too bad.



awin hashim



Monday, October 21, 2013

PETUA: Alamak, baju aku kena karat air!!

Hye, assalammualaikum.

Minggu lepas, roomate win telah complaint yang baju kerja dia baru beli dah kena karat air yang teruk. Sudahlah dia paling liat nak shopping baju kerja, biasalah org lelaki.. (biasa ke? ramai je lelaki lain rajin shopping kan?) Sudahlah dia hari-hari kena pakai shirt putih pergi kerja sebab dia kerja mahkamah. Baju putih kena karat air oke!!

Dia terus rendam baju dia dengan clorox. Win tau, baju tu akan mereput dalam tu kalau win tak masuk campur dalam hal ini,. Win bilas baju dia, dan rendam dengan dinamo pulak sekejap.. Memang tak boleh hilang seriously teruk. Karat bewarna oren dan kena hampir keseluruhan baju dan bercapuk. Memang sebenarnya dah layak dibuanglah baju tu, yang baru dibeli lebih kurang sebulan. Kesian, memang sadis.

Roomate win ni sambil dia berkursus induksi dekat ILKAP, dia boleh google dan cari jawapan di alam maya dan dia terjumpa petua... GUNA ASAM LIMAU.

Maka, dia pun beli *god knows how many* limau untuk memulakan projek menghilangkan karat. Serious air rendam tu, sampai jadi pekat dia buat. Acidic sungguh.

Maka, setelah semalaman, dia pun cakap begini dekat win smlm "cuba mummy tgk baju daddy yang kena karat tu.. cuba tgk skrg" sambil buat muka serious.

Maka, win yang malas pun menjawab "kenapa? hilang ke karatnya, win rendam ngan dinamo??" kononnya berkesan sgtlah dinamo win tu. "kenapa wan? kena buang ke baju tu??"

Dan dia jawab "win gi jelah tgk,," sambil win ternampak ada senyuman dah terukir di (bintang) wajah kesayanganku yang layak dicubit dan digigit dengan teruk ini.

Win pun pergi tgk dan WOW.. hilang langsung karatnya.. serious, petua ni menjadi. Takda tinggal sikit pun. Baju putih yang baru tu terus shining seperti lebih baru daripada baru.

Kesimpulan, "UNTUK HILANGKAN KARAT AIR YANG TERKENA PADA BAJU, RENDAMKAN BAJU DENGAN AIR YANG DILETAKKAN ASAM LIMAU SECUKUPNYA"

p/s thanks to org yang share petua ini kepada wan. kalau islam orgnya, dapat pahala dah in shaa allah.

awin hashim



Pembeli ONLINE yang mengarut

YESSS, I DO HAVE MY OWN LITTLE ONLINE SHOP. visit nauriesukashopping.blospot.com


Tapi, ini bukan cerita yang nak diceritakan di sini. Haha. Ceritanya begini
Pada suatu hari yang hening, sewaktu lunch hour (mindef hanya allow staff buka fb semasa lunch hour, masa lain, dia block fb), win scroll down fb, tgk update kawan-kawan semua. Tiba-tiba ternampak iklan ini di fb..
Win takda niat nak beli telekung buat masa ni, sebab baru-baru ni baru je beli telekung dekat Bella Ammara. Tapi win baca jugaklah iklan dia.
Cer baca sendiri:


Dia tulis RM20 off. Kan?? Maknanya potongan harga RM20 kan? Maknanya kalau telekung dia harga RM120, selepas potongan, jadi RM100 lah kan. Kau faham kan? Aku pun faham. TETAPI...
cuba tengok komen si polan(ah) di bawah iklan tu..
"sepasang rm20??? betul ke???"

Hahahha, fasal dia lah win tulis post harini.

Like seriously, takkanlah harga RM20. Baca la betul betul, kot ye pun. Annoying lah..hahahaha

Sebagai pen-shopping tegar online, win stress. Iklan dia punyalah terang lagi bersuluh. Dia boleh lagi ingatkan harga telekung RM20.. Contoh lain, dah tentu seller cakap kat atas tu, SILA PM SAYA, PAGE FB TAK BOLEH PM ANDA, REPLY PM BOLEH LAH. Janganlah engkau, kat situ jugak boleh komen "Pm!"

Hahahaha... tak reti bahasa ke?
Sekian,


awin hashim