Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, August 30, 2013

Doktor suruh aku wean off breastfeeding?? What the..

Naurah dah hampir 1 tahun 4 bulan. Semalam win pergi klinik bawa wan, tp win sempat minta doktor prescribe win dgn domperidone (ubat utk boost milk production). Bukan apa sebab sekarang sgt kerap miss milk pump session..banyak sgt kerja kat office. If win consume 2 pills in 2 days pun enough untuk naikkan at least 3 oz milk production, n then win stop..

tapi, win bukan saja kena bebel dengan doktor. Dia siap ajar lagi benda kita dah tau..demand-supply.. kena pump regularly..bla bla bla.. alamak doktor common la.. saya dah 1 tahun lebih breastfeeding.. i know that.. n then win cpt cpt mention my daughter is 1 thn 3 bulan lebih. then the doctor stopped lecturing,,hahaha after realizing that i know what she thought i don't.

anyway, dia keeps on membebel n dia ckp lebih kurang begini "kiranya dah bagus sangat dah awk dpt breastfeed anak awak sampai lebih setahun. sebab kita kan kerja kan.. jadi saya rasa awk dah boleh start wean off la.. sbb i have this friend anak dah lebih 2 tahun masalah dia ialah tak boleh stop breastfeed. so baik awk start skrg"

GULP! what the? wean what? wean off? stop kan naurah?



hahaha.. aku taktau nk respon mcm mana.
dia sambung lagi lebih kurang mcm ni

"i tak fhm la,.. parents skrg ni memang besarkan anak ikut internet. ikut sgt kena breastfeed smpai umur 2 tahun, kite ni kerja kalau sampai 1 tahun pun dah oke sgt. parents sampai beli blender kt intenet mahal mahal bla bla bla...."

oke. masih terkedu..
dia sambung lagi "maybe its time for u to let nature takes its course"..
yg ini win rasa oke je. advice accepted adalah:

1. let nature takes it's course - don't rely on ubat-ubatan, just breastfeed n pump seperti biasa.. kalau masih ada susu, masih la. tapi kalau akhirnya habis, habislah..

2. ...?? hmm..apa lg?

takde? ahahaha

doktor, umur 2 tahun tu bukan internet tetapkan. Tapi dalam Quran ada sebut. n takkan la umur 1 tahun 4 bulan kena wean off? alahai kesian naurah,, dah la pandai mintak nenen skrg..

i hope someone can console me on this.

Romper baby, tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah BABY anda di sini!!


Monday, August 26, 2013

Cerita Blender

Mungkin blender zaman skrg yg dah tak bagus atau sebab win yg pakai tak betul atau sebab win beli yg murah..? blender kami asik rosak. Blender pertama hadiah kawen. Jenama biasa je cap ayam. Blender kedua pun hadiah kawen, faber. ROSAK.. so win beli blender seterusnya,.. blender yg ketiga ni lama la pakai. puas blender cili n blender bubur nasi naurah dia berasap n kaput! Oke, win need blender no. 4.

so win n wan pegi mydin putrajaya dekat presint diplomat..tgk blender pensonic warna hijau RM54.90..!! waahhh murah. Tapi tak beli lagi.. Next 2 days, win rasa perlu sgt nak beli blender. Pergi Giant Bandar Baru Bangi.. RM89.90! hahaha.. blender yg sama. pensonic warna hijau. cit! apa dah mahal

so, win pergi mydin yg sama lagi esoknya, n jumpa blender warna hijau pensonic tersebut on sale, jadi RM49.90.. hah memang rezeki kan. so BELI..

kesimpulan cerita ni, nak beli barang letrik, usha Mydin dulu..

p/s win mmg cheapskate. beli blender murah, jwbnya kene ganti setahun sekali. Blender panasonic kt mydin RM180.. msti tahan lama.. ke? haha
p/s2 apa la win, blender pun nak cerita.. well, people. some people do find this kind of entry as informative.


awin hashim

Bila boleh ambil geran kereta kita dari bank?



Selalunya, yang kita tahu, kita boleh ambil geran kereta kita daripada bank hanya selepas kita habis bayar loan kereta kita kan?

Memang betul lah tu. Selepas kita habis bayar loan kereta.

Tapi, baru baru ni win nak drive masuk Singapura. Win diberi tahu yang salah satu dokumen yang win kena ada, besides passport adalah geran kereta original. Yang win ada geran kereta fotostat je.

So, win call bank win, Maybank Damansarajaya, yg pegang geran kereta win. Maybank Damansarajaya bagitahu, semua geran kereta dia simpan di Maybank Damansara Utama. Bila call maybank Damansara Utama n tanya boleh ke ambil geran kereta win, dia ckp boleh walaupun kereta win habis bayar tahun 2015.

So, win terus lah pergi ke Maybank Damansara Utama. Sampai je, pergi tingkat 3, ambil number. Baru nak duduk, dah kena panggil number sebab takde org. Dia check kita ada payment yang due ke tidak. Kalau takde, terus dia proses and bagi je geran kereta tanpa soal apape. Win tanya la dia, bila sebenarnya saya boleh ambil geran kereta ni, jawapan dia adalah, dalam setahun lebih selepas beli kereta dah boleh dah. Mcm awk ni, dalam hujung tahun 2010 dah boleh ambil dah patutnya (win beli kereta Oktober 2009).

Oke. Sebenarnya wahai pembaca, geran kereta tu, bank nak pegang pada mulanya adalah sebab dia nak masukkan caveat dia sahaja dalam geran tu. Caveat tu tulisan kecil di bawah sebelah blkg yang menyatakan kita ada loan dgn bank mana tu. Caveat tu adalah utk bank pegang hak kereta tu sampai kita habis bayar. Lepas habis bayar, bank akan tarik balik (withdraw) caveat tu dan tadaaaaa..the car is all ours..ours alone.


p/s Tak sure kt geran kereta dia panggil caveat jugak ke tak. Tapi dalam geran tanah dan Kanun Tanah Negara memang panggil kaveat pun.


awin hashim

Thursday, August 15, 2013

Naurah - 1 tahun 3 bulan

Makin besar anak dara win seorang ni. Mulut becok asyik bercakap je. Dia memang cepat ckp. Vocab dia dah banyak.. Apa saja kita sebut, dia boleh tiru.. So, sekarang memang kena beringat je apa kita nak cakap. Jalan pun da tegap n berlari pun boleh. Dua hari lepas, dia kejut mummy mcm daddy kejut mummy suroh bangun.. dia kejut mummy sambil sebut "mimummy, na nennenn" hihihi. selagi win tak bangun dia cium cium pipi win perlahan. saja la win pura pura tidur sebab sedap kena cium dengan anak dara sendiri.

She loves flower so much. Bunga kat rumah yang win gubah, dia cabutnya, dan bawa ke hulu ke hilir.. Win belikan dia bunga setangkai (dalam gambar tu), tapi dia tetap suka cabut bunga yang dah digubah..
Naurah dia tak suka dekat org yg dia tak kenal. Kalau org tu dia kenal, dia terus peluk peluk cium cium. Oh ye, she kisses everybody she likes A LOT., suka dibelek belek dan membelek org, manja betul. Gigi atas dah mula tumbuh menjumlahkan 4 gigi semuanya.. yey!.. rambut dah panjang tapi belum ckup lebat utk difesyenkan *mummywaitingpatiently*

Baru-baru ni, dah ada makcik tanya soalan dekat win, "taknak baby kecik ke?" haha.. tak sangka dah dapat soalan seawal ni. Makcik tu sorg je tanya, takde siapa penah tanya fasal 2nd baby yet. Tgk lah muka Naurah ni, she's not kakak yet. kan? hehe.. I choose to wait some more, thank you!
 
p/s i love you little creampuff.

Wednesday, July 24, 2013

"WARM BODIES" just another zombie movie??

Semalam, win tgk cerita ni. Best. Serious best.. kalau win nak describe movie ni menggunakan satu perkataan, perkataan yang paling sesuai ialah "HOPE", yes.. harapan.



Win suka tengok cerita zombie, tak kesahlah kalau sebodoh-bodoh cerita zombie budget murah sekalipun, i like... entah kenapa. Win ikut series The Walking Dead.. sekarang tengah tunggu season 4 keluar Oktober 2013... tak sabar!

Kembali kepada tajuk, soalan yang perlu ditanya adalah is "WARM BODIES" just another zombie movie?? NOPE. Its THE zombie movie.

**SPOILER ALERT**

selalunya bila tengok cerita zombie, persoalan yang timbul adalah:

dia ni akan survive ke?
haaa? mak dia dah mati jadi zombie ke??
alamak, dah dikelilingi zombie, takde org nk tolong ke?

semua fasal zombi kejar, gigit, kau mati, kau bgn balik jadi zombi jugak asalkan otak kau tak musnah.. hmm tipikal, sungguh tipikal.

yang paling tipikal adalah, zombie yang lembab pergerakannya kejar kau pun, mesti kau kena tangkap jgk.. bukan ke kau lari laju daripada dia? aneh..

Tapi dalam cerita ni, kita (penonton) dibawa melihat daripada perspektif zombie pulak.. so, soalannya adalah, apa zombie ni fikir? boleh ke dia fikir lagi? dia ada perasaan ke? dan soalan yang paling penting,,, is there a hope for a zombie to become human again? maybe they are not dead yet, they are just infected, maknanya, can they be cured??

dalam cerita ni, jwpnnya YES. they can be cured
cerita ni menjadi sayu sebab ada dimasukkan unsur cinta.. haha.. yes, cinta oke!! cinta dalam hati zombie..

kesimpulannya, kalau tanya win, WARM BODIES is the best zombie movie i've ever seen (conceptually lah).. sebab still nampak mcm cerita budget murah jugak.. boohoo..

oke bye..


awin hashim

p/s wan, mlm ni wan akan dipaksa tgk cerita ni.

Wednesday, July 10, 2013

Nak masak apa ikan dory ni??

Haritu ada satu mlm, win n wan tinggalkan Naurah dekat mama (babysitter), nak testing boleh ke Naurah stay dengan mama tanpa mummy (win) memandangkan Naurah masih breastfeeding dan win kena pergi persidangan yang tak boleh escape di Kota Kinabalu.. well, cerita ni bukan fasal tu, cerita ni fasal apa yg win n wan buat 1 malam tanpa Naurah.. tiiihihihihi...

of course kami melakukan perkara yang kami tak dapat lakukan kalau Naurah ada..iaitu, makan steamboat lama lama dekat MAEPS tempat secluded yang mcm tempat jin bertendang (read: takde org mlm2 sunyi sepi, gelap, pokok besar, mcm haunted tempat ponti bergayut yg tiba-tiba ada restoran steamboat kat tengah-tengah). Memang tempat tak sesuai nak bawak baby yg belum pandai bercakap pergi malam-malam.. boleh la.. TAPI kang dia nanges meraung tak mau berenti sebab ada yg mengikut win n wan jugak susah. (kalau kau org sanggup layan anak kau org nanges meraung secara scary mlm mlm, sila kan lah.. takde siapa halang pon)

sebelum ada Naurah memang win n wan spent berjam jam dkt sini mkn berdua.. sebab kami suka steamboat dan makan steamboat takley laju laju.

oke, dlm banyak-banyak mknn mentah yg ada, ada la isi ikan, sesuai dengan tajuk post ini, ikan itu adalah ikan dory.. whohooooooo..sedap. memang sedap. win suke. mula dekat situ la tiba tiba win jadik gila dgn ikan dory. Sebelum ni tak heran pun. wan pun suka n layan je ikan tu.. sedap di-steamboat-kan dalam kuah tom yam atau sup perasa ayam.. there 1. ikan dory boleh dimasukkan dalam tom yam atau 2. sup kan dia dan 3. dimakan secara steamboat.. wowww sedapnya.. di bulan puasa (hari first puasa pulak tu) dok cerita fasal food.

lepastu, dek kerana kegilaan win terhadap ikan dory ni, kami pergi beli dekat giant bandar baru bangi tu sebungkus, sebungkus tu 1 kg iaitu 3 keping semuanya..RM5.54..mcm tu lah harganya. balik rumah kami buat tom yam. memang sedap campur dgn udang sotong semua tu.

lepastu, kami beli lagi, kali ni, win 4. goreng celup tepung goreng serbaguna tu.. sedap!! mcm fish n chips kt manhattan fish market la konon.

lepastu, kami beli lagi.. (kata gila ikan dory kan??) kali ni win goreng mcm biasa.. letak kunyit + garam secukup rasa.. kasi Naurah makan sama.. Naurah ngap je. Tapi win n wan rasa..FAILED. 5. goreng kunyit biasa-biasa menjadikan ikan dory pahit.. tak sedap!, so jgn buat!!

lepastu, kami beli lagi dan kali ni wan ckp, "win, cuba win masakkan ikan dory tu masak asam.." win cuba.. n tadaaaaa.. sedap.. 6. ikan dory masak asam pedas is marvellous!! wuuwwuwwwuuuu..ley cuba.. jgn lupa daun kesayangan win, daun kesum..

lepastu, ayah n mak win pulak terasa nk makan western..so, win n wan gi cari ikan dory..kali ni dekat tesco extra selayang, harganya RM7.79 sekilo.. pack of 3 jugak.. kali ni, kami ikut resepi dari blog ini http://rohaisha.blogspot.com/2012/08/ikan-dori-grill-sos-garlic.html thanks kak! sedap.. dapat pahala,.,, :) kakak ni 7. grill kan ikan dory dia. letak paprika sikit, jus lemon sikit makan dengan sos garlic.. sedap... wahh..

setakat ni, ntah berapa kali kami dah makan ikan dory.. tapi baru cuba cara-cara yg 7 ini saja.. nak  masak cara apa lagi, nanti boleh fikir.. post ini utk memberi idea kepada sesiapa yang takde idea walaupun dah google, still tak sure.. n ikan dory is good for babies, Naurah pun suka.. kita pun hati senang sebab takde tulang dalam filet ikan dory yang jual beku tu..!!

oke bye.!


awin hashim

Tuesday, July 2, 2013

am just saying.

i met with some people recently, some with negative history, there are still negative vibes or if not, awkwardness is still prevailing. some do not even trying to delete that awkwardness. they don't bother.

i am meeting with these daily persons. some are competitive. too competitive perhaps. not a healthy relationship.

lately i am surrounded with happiness. feels like hugging everything that moves. n my little baby is feeling the same (i think) we ended up hugging and kissing most of the time we are together. feeling overwhelmed.

Donate Books to Hospital Kuala Lumpur / Dermakan Buku kepada Hospital Kuala Lumpur

Semasa menghantar seorang ahli keluarga masuk wad semalam (1 Julai 2013) tiba-tiba pintu bilik diketuk oleh dua orang perempuan berbangsa India. "We are from HKL library. Do you want any books to read?"..

Kami pandang pelik/kagum kepada dua orang perempuan tersebut. Dalam fikiran, wah ada servis hantar buku sampai ke katil hospital lah! Bagus betul.

Win (sort of) interview dua orang perempuan tersebut. Hasil perbualan kami, win dapat tahu, mereka bukannya staf HKL tetapi volunteers untuk HKL di mana setiap hari Isnin, mereka akan datang HKL untuk buat kerja sukarela, mengagih buku dari katil ke katil pesakit HKL. Buku datang dari perpustakaan tingkat bawah kata mereka, win tak tahu tingkat berapa sebenarnya, di bangunan wad-wad HKL.

Bila ditanya buku apa yang ada, mereka cakap "we have magazines, many kinds of books, we have reader's digest, but we are shortage of malay books like mastika. you see, those patients when they see that the books are new, they tend to take home the books, so, u can donate books to us too. but no guarantees that the books will be there the next week"

Hmm.. interesting!.. so, kesimpulan yang win boleh buat adalah, SIAPA NAK DERMA BUKU BUKU LAMA YANG DIA DAH BACA, MAJALAH KE bolehlah hantar kepada jururawat di wad Hospital Kuala Lumpur Aras 2 dan nyatakan niat anda untuk buku/majalah tersebut diberi kepada perpustakaan pesakit HKL atau masukkan dalam kotak besi putih di hadapan perpustakaan pesakit aras 2 blok utama.
Best kan?


awin hashim