Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, September 22, 2014

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland

Hi..!!

Masa cuti hari Malaysia yang lalu (16.9.2014) kami tiga beranak pergi berjalan-jalan ke Cameron Highland. Kami telah book Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland dari 2 Jun 2014 lagi untuk dapatkan tarikh sekitar September 2014.

Win takmau cerita fasal Cameron Highland trip just yet, win hanya nak bercerita tentang Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland ini sahaja.

Ini blok apartment. Bilik win number 2 dari kanan, atas. Bawah nya lobi.
Ini pintu masuk. Berdepan dengan "Healthy Strawberry Farm"
Ini pandangan apartment dari dalam. Mengadap playground. Win snap gambar ni semasa win berdiri di playground sementara Naurah berlari ke sana ke sini kegembiraan.

Oke, first of all, Rumah Peranginan Persekutuan hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja. Kerajaan Persekutuan ya. Kalau di Cameron Highland ada (antaranya) apartment dan banglo. Banglo untuk gred 48 ke atas dan apartment untuk semua gred. Untuk trip kali ni, win book apartment. Untuk info fasal banglo, check blog win somewhere in November 2014 nanti ya.. sbb bulan November 2014 nanti win pegi lagi, dat time duduk banglo pula.

Kemudahan
Win sebelum nak dtg sini, win ada soalan like, ada iron ke, ada sejadah ke, ada peti ais ke..
Jawapannya, iron board ada disediakan dalam bilik, iron takde, tapi iron boleh minta di counter. Cerek elektrik pun sama macam iron, minta di kaunter. Peti ais ada. Cawan ada 2 set, tapi tiada teh/nescafe 3 in 1 whatsoever.
Bilik air ada water heater (of course), ada syampu dan sabun juga, tapi better bring your own.
1 Katil king dan 1 single bed, 3 bantal sahaja, tiada extra. TIADA TOWEL, bring your own. Ada sejadah. TV ada astro, channel basic saje. Ada aircond tapi masa win pergi terlampau sejuk sehingga kami langsung tak on aircond itu.


Katil-katil telah win rapatkan supaya jadi 1 gigantic bed. Naurah suka tengok tu.

Naurah berlari-lari dalam bilik sepuas hati sebab bilik besar.


Kemudahan lain like tempat bbq pun ada. Tapi arang dan benda makan bawak sendiri. Ada badminton court juga dan playground. Tak ada ambil gambar playground pulak. Barang-barang playground semua baru dan selamat. Ada tempat parking yang cukup. No swimming pools.




Lokasi
Lokasinya pula adalah di Brinchang, sebelah dengan Healthy Strawbery Farm. Kalau ikut GPS, GPS akan lead u to Jalan Tengkolok di Tanah Rata bersebelahan Balai Polis.. Itu salah ya. Itu rumah pegawai daerah. Bukan Rumah Peranginan Persekutuan. Rumah Peranginan Persekutuan ini terletak berhadapan dengan Kelab GOLF Sultan Ahmad Shah. Ada signboard jangan risau.. atau ikut signboard Healthy Strawbery Farm.

Lain-lain
Kena check in antara pukul 2 sehingga 6 petang sahaja. Sebab lobi tutup after 6. If nak seterika atau cerek elektrik atau apa sahaja urusan di kaunter lobi, do it before 6! Check out at 12pm.
For 1 apartment, hanya RM25/night. Win tinggal di sana for 2 nights, RM50 sahaja. This is one benefit that a government servant can have. I sure hope nobody is questioning the rates. :-) Tapi nak booking sangat sukar ye kawan-kawan. Tapi win memang pandai berebut, so selalu dpt. hehe.

Oke, itu sahaja. Hope this post helps.
Bye!
Awin H